(English)

Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin
Timbalan Ketua Eksekutif

Datuk Zainal Izlan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 5 April 2018.

Beliau menyertai SC pada Januari 2011 sebagai Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam dan dilantik sebagai Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam pada November 2016. Beliau juga merupakan Pengerusi Capital Markets Malaysia, sebuah entiti yang ditubuhkan oleh SC untuk mempromosikan pasaran modal Malaysia.

Datuk Zainal Izlan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi (dwipengkhususan dalam Perakaunan & Kewangan) dari The Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan pemegang kelayakan Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau memulakan kerjayanya di Citibank sebelum menyertai MIDF Amanah Asset Management. Sebelum menyertai SC, Datuk Zainal Izlan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif i-VCAP Management, sebuah firma pengurusan dana Islam yang berpangkalan di Malaysia.