Pengenalan

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) berkuat kuasa mulai 28 September 2007. CMSA, yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2007, menggabungkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983, Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 yang berkaitan dengan aktiviti penjanaan dana. CMSA disokong oleh Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Buku Panduan Pelesenan dan Garis Panduan Kawal Selia Pasaran. Semua dokumen ini berkuat kuasa serentak dengan CMSA.

Langkah utama CMSA yang memberi manfaat kepada pengantara pasaran modal ialah pengenalan kepada rejim pelesenan tunggal. Di bawah langkah ini, pengantara hanya memegang Lesen Pasaran modal dan Perkhidmatan berbanding pelbagai lesen berasingan, yang secara berkesan mengurangkan kos pentadbiran dan pematuhan, dan lebih penting lagi, menjimatkan masa. Buku Panduan menjelaskan mengenai pelaksanaan rejim pelesenan tunggal.

  • CMSA – RM30 senaskah
  • CMSR – RM10 senaskah

Pembelian boleh dibuat di sini:Perkhidmatan Korporat SIDC
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
MalaysiaT: 603-6204 8000
F: 603-6201 8008
E-mel: sidc@sidc.com.my

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan CMSA, sila emel cmsa@seccom.com.my