SC memperakui bahawa kualiti sumber manusia merupakan kunci untuk membangunkan dan mengawal selia industri yang kompleks dan dinamik. Kakitangan kami sangat bertuah kerana dapat berkhidmat dengan sebuah agensi awam yang dihormati dan berprofil tinggi yang memelihara kepentingan awam. Mereka yakin dengan mandat yang diberikan untuk melindungi pelabur dan memastikan ketelusan, integriti dan pembangunan teratur bagi pasaran modal Malaysia, menjadikan tugas mereka amat bermakna.

Anda boleh memohon untuk menyertai SC melalui kekosongan jawatan atau mengambil bahagian dalam program berikut:

Matlamat Kami

Dasar sumber manusia kami bermatlamat membangunkan bakat profesional dan pakar yang berkeupayaan yang akan memacu pencapaian dan kemajuan objektif-objektif organisasi. Kumpulan bakat kami adalah dari pelbagai bidang termasuk perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, pengajian perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains, falsafah dan bahasa.

Kakitangan Kami

Kakitangan kami secara berterusan digalakkan untuk belajar dan memperkembang set kemahiran mereka agar seiring dan setanding dengan persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah.  Kakitangan SC terus setia, komited, bersikap profesional dan seimbang dalam perspektif dan pendekatan mereka.

Dalam pada itu, SC terus berusaha ke arah memastikan persekitaran kerja yang ideal di mana kakitangannya boleh menyumbang.  Melalui pelbagai program, kakitangan SC berupaya memperoleh pengalaman luas, mengasah kemahiran teknikal mereka, dan dalam memajukan diri mereka dalam organisasi, pelbagai peluang disediakan bagi menguji tahap kecekapan pengurusan dan kepimpinan mereka.

SC komited untuk menjadi “Majikan Pilihan Ramai”.  Kami memperakui peri pentingnya pencapaian keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi setiap orang.