career2
Bina Kerjaya Anda Dalam Pasaran Modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah sebuah badan berkanun biayaan sendiri yang ditubuhkan pada 1993 oleh Kementerian Kewangan dengan dua mandat untuk memudahcarakan pembangunan pasaran modal serta mengawal selia dan menyokong perlindungan pelabur dan mengekalkan keutuhan pasaran.  Pada hari ini, Malaysia mempunyai saiz pasaran modal sebanyak RM2.7 trilion, pasaran sukuk terbesar di dunia, pasaran bon ketiga terbesar di Asia berbanding KDNK, dan industri unit amanah yang semakin meningkat dengan tahap penglibatan yang berkembang daripada pelabur yang berkeyakinan dan bermaklumat.  SC menyelia pengendali pasaran, pengantara pasaran dan semua hal-hal yang berkaitan dengan sekuriti, kontrak derivatif dan skim unit amanah.  Kami juga mendaftar prospektus syarikat dan dana-dana, meluluskan terbitan bon korporat dan mengawal selia penggabungan dan pemerolehan korporat.  Mendokong kesemua fungsi ini adalah tanggungjawab SC untuk melindungi pelabur.

Peluang kerjaya
Kami memerlukan para profesional yang cekap, bermotivasi dan berbakat dalam pelbagai tahap kekananan untuk menyertai pasukan kami dalam fungsi-fungsi berikut (klik fungsi-fungsi berikut untuk maklumat lanjut):

Anda hendaklah mempunyai ijazah pertama yang cemerlang atau kelayakan profesional yang berkaitan dalam bidang yang dikehendaki dengan kemahiran berfikir secara analitis yang baik dan berorientasikan penyelesaian. Anda akan ditawarkan pakej ganjaran yang menarik termasuk gaji dan pelbagai manfaat peribadi dan keluarga terdekat anda. Di samping itu, anda akan bersama-sama dengan persekitaran kerja yang mesra dan saling membantu bagi peningkatan kemahiran serta pembangunan profesional dan kerjaya anda

Sekiranya anda berminat untuk menyertai SC, sila kemukakan permohonan anda di https://careersatsc.seccom.com.my/career/.

Kemukakan juga salinan imbasan butiran peribadi (CV) serta sijil dan transkrip yang berkaitan.

Terima kasih di atas minat anda. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.