Statistik Prestasi

Bagi pembaikan berterusan dalam ketelusan dan kebertanggungjawaban kami, SC mendedahkan prestasinya dalam melaksanakan fungsi pengawalseliaannya. Kami menyediakan sinopsis ringkas mengenai fungsi dan prinsip serta kawal selia pendasar yang menjadi rujukan kami dalam menilai cadangan. Dengan pematuhan ketat terhadap prinsip-prinsip ini, kami melaksanakan tugas pengawalseliaan kami dan hasil prestasi kami dibentangkan di bawah.
Cadangan Korporat

  • SC mengkaji daya maju cadangan IPO. Ia memeriksa sama ada cadangan IPO itu mematuhi Dasar dan Garis panduan Mengenai Terbitan/Tawaran Sekuriti, dan para pengarah dan pemegang saham utama adalah bebas daripada sebarang rekod buruk dan isu tadbir urus korporat.

Sekuriti Hutang Swasta (PDS)

  • Menilai cadangan PDS, memantau pematuhan terhadap undang-undang sekuriti, peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan penerbitan, tawaran PDS, bagi tujuan mencapai objektif SC dalam menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti yang teratur, adil, cekap dan telus, serta memberikan perlindungan pelabur yang mencukupi.

Tawaran Pengambilalihan

  • Menilai cadangan yang mempunyai implikasi tawaran bawah seksyen 33/34 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia dengan objektif untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan garis panduan.

Permohonan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

  • Menganalisis kesan cadangan khususnya mengenai penyertaan Bumiputera asing, mengikut Keperluan Dasar Pembangunan Negara.

Skim Pelaburan Kolektif (CIS)

  • Menilai cadangan yang berkaitan dengan penerbitan sekuriti oleh CIS, memeriksa dan meluluskan prospektus dan surat ikatan, pendaftaran prospektus dan surat ikatan, memeriksa prospektus, laporan dana, bahan-bahan promosi dan iklan, bagi memastikan kawal selia teratur bagi industri.

Pelesenan

  • Melaksanakan semua aktiviti pelesenan, memantau kesesuaian dan kewajaran orang yang dilesenkan, mengenakan tindakan disiplin terhadap pemegang lesen dan memastikan proses itu dilakukan secara telus, cekap dan berkesan.

Masa ke Pasaran

Perkhidmatan yang Diberikan

Piagam Pelanggan

Cadangan Korporat
– Pendekatan penilaian

3 Bulan

– Pendekatan pengisytiharan

14/21/28 Hari Bekerja

Jumlah
Tawaran Pengambilalihan
Meluluskan dokumen tawaran

21 hari dari tarikh notis tawaran pengambilalihan (kecuali memohon masa lanjutan)

Meluluskan pekeliling nasihat bebas

10 hari dari tarikh dokumen tawaran (kecuali memohon masa lanjutan)

Jumlah
Permohonan FIC
Tawaran mandatori

21 hari kalendar

Tawaran sukarela

21 hari kalendar

Pelanjutan masa/penepian

21 hari kalendar

Jumlah
Pelesenan
Wakil
Baru

14 hari

Diperbaharui

14 hari

Jumlah
Syarikat
Baru

42 hari

Diperbaharui

21 hari

Jumlah
Sekuriti Hutang Swasta
– Garis panduan PDS dan Garis panduan Sekuriti Islam

14 hari

– Garis panduan ABS

28 hari

Jumlah
Skim Pelaburan Kolektif
– Mewujudkan dana baru

21 hari

– Amanah pelaburan hartanah (REIT) dan dana dagangan bursa (ETF)

2–3 bulan

– Skim pelaburan terbatas (RIS)

14 hari

Jumlah