Lembaga Pemantauan Audit (AOB) ditubuhkan bawah Bahagian IIIA Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Bahagian IIIA dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 melalui akta Pindaan Suruhanjaya Sekuriti 2010 (Akta). Akta ini berkuat kuasa mulai 1 April 2010 Misi AOB adalah untuk membantu Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam memantau juruaudit entiti berkepentingan awam dan bagi melindungi kepentingan pelabur dengan menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan beraudit entiti berkepentingan awam. AOB akan melakukan seperti yang berikut:

  • Mendaftarkan juruaudit entiti berkepentingan awam; dan
  • Menjalankan pemeriksaan dan mengawasi program juruaudit berdaftar bagi menilai sejauh mana kepatuhan mereka terhadap standard pengauditan dan etika yang diiktiraf.

AOB juga diberikan kuasa oleh Akta tersebut bagi mengenakan sanksi ke atas mana-mana juruaudit berdaftar yang gagal mematuhi sebarang peruntukan dalam Bahagian III A Akta tersebut, nitis atau garis panduan yang dikeluarkan oleh SC. AOB akan bekerjasama dengan agensi pengawalseliaan lain yang relevan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia bagi memastikan wujudnya rangka kerja menyeluruh bagi juruaudit di Malaysia, yang akan menggalakkan pertumbuhan profesion pengauditan Malaysia dengan tadbir urus yang baik. Fasa pertama dalam misinya untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dalam profesion pengauditan adalah mendaftarkan juruaudit yang diupah oleh entiti berkepentingan awam pada atau selepas 1 April 2010 bagi mengaudit penyata kewangan entiti berkepentingan awam yang berkenaan. Bagi memudahcarakan pendaftaran juruaudit, sila rujuk kepada dokumen yang berikut:

Pertanyaan mengenai AOB boleh diajukan kepada [email protected] atau 03-62048990.