Pada bulan Julai 2000, SC mengambil fungsi sebagai badan berkuasa tunggal yang memberi kelulusan kepada semua terbitan bon korporat.

SC bertanggungjawab bagi pembentukan dasar yang bermatlamat membangunkan pasaran bon yang cergas dan efisien. Kami memproses permohonan bagi penerbitan sekuriti hutang swasta di Malaysia, yang memerlukan kelulusan SC terlebih dahulu bawah seksyen 32 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA).

Bagaimana pun, kelulusan SC tidak diperlukan sekiranya urus niaga itu dikecualikan di bawah Jadual 1 SCA atau jika instrumen atau urus niaga itu dikecualikan daripada definisi “debentur” bawah subseksyen 2(1) SCA.