Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan2007 (CMSA) memansuhkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan Akta Perindustrian NiagaHadapan 1993 (FIA). CMSA yang berkuat kuasa mulai 28 September 2007 memperkenalkan sistem pelesenan tunggal bagi pengantara pasaran modal. Bawah sistem ini, pengantara pasaran modal hanya memerlukan satu lesen untuk menjalankan perniagaan dalam mana-mana satu atau lebih aktiviti yang dikawal selia seperti yang berikut:

  • berurus niaga dalam sekuriti;
  • berdagang dalam kontrak niaga hadapan;
  • pengurusan dana;
  • khidmat nasihat dalam kewangan korporat;
  • nasihat pelaburan; dan
  • perancangan kewangan

Pelesenan memastikan tahap perlindungan pelabur yang mencukupi, termasuk peruntukan perlindungan yang mencukupi bagi melindungi pelabur daripada kemungkiran oleh pengantara pasaran atau masalah yang berbangkit daripada ketaksolvenan pengantara tersebut. Lebih penting lagi, ia menanamkan keyakinan di kalangan pelabur bahawa organisasi dan orang yang berurusan dengan mereka, akan melayani mereka dengan adil dan cekap, jujur serta mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Melalui kuasanya untuk mengeluarkan lesen, SC mengawal selia pasaran dengan memastikan kesesuaian dan milikan syarikat dan individu yang memohon lesen. Dalam menimbangkan sama ada seseorang pemohon itu sesuai dan layak untuk memegang lesen, SC mengambil kira faktor-faktor yang berikut:

  • Kejujuran yang tidak diragui
  • Kebolehan melaksanakan fungsinya dengan cekap, jujur dan adil
  • Status kewangan
  • Reputasi, perwatakan, integriti kewangan dan kebolehpercayaan

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah: