Kit Pendaftaran Bagi Syarikat-syarikat Modal Teroka dan Syarikat-syarikat Pengurusan Modal Teroka

 

Pengenalan

Syarikat-syarikat Modal Teroka dan Syarikat-syarikat Pengurusan Modal Teroka diberikan status “peniaga dikecualikan” oleh Securities Industry (Exempt Dealer) Order (No. 2) 2002, tertakluk kepada peraturan pendaftaran dan pematuhan. Syarikat-syarikat yang ingin mendapat kelayakan sebagai peniaga dikecualikan, mesti memohon untuk didaftarkan dengan SC dan mematuhi peruntukan dalam Guidelines for the Registration of Venture Capital Corporations and Venture Capital Management Corporations (Garis Panduan).

 

Pada masa pendaftaran, pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang dilantik, yang layak dan sesuai untuk jawatan tersebut.

 

Laporan Berkala

Syarikat Modal Teroka atau Syarikat Pengurusan Modal Teroka perlu mengemukakan laporan berkala tahunannya kepada SC, dalam masa 30 hari selepas setiap akhir tahun dengan cara yang telah ditetapkan dalam Borang 3 – Laporan Aktiviti Tahunan bagi Syarikat-syarikat Modal Teroka dan Syarikat-syarikat Pengurusan Modal Teroka.

 

Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka juga perlu mengemukakan penyata kewangan teraudit mereka yang terkini kepada SC, dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan.

 

Cara Untuk Mendaftar

Semua permohonan untuk pendaftaran mestilah dibuat dengan SC menggunakan borang-borang yang telah ditetapkan oleh Garis Panduan dan dialamatkan kepada:

Jabatan Pelesenan
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

Pemohon dikehendaki memfailkan borang-borang tersebut dalam bentuk salinan cetak dan salinan ringan (softcopy).

 

Kit Pendaftaran Kit Pendaftaran mengandungi bahan-bahan yang berikut:

  • Guidelines for the Registration of Venture Capital Corporations and Venture Capital Management Corporations (pdf)
  • Borang 1 – Permohonan bagi Pendaftaran Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka (pdf)
  • Borang 2 – Permohonan bagi Pendaftaran Orang/Pengarah yang Dilantik bagi Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka (pdf)
  • Borang 3 – Laporan Aktiviti Tahunan bagi Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka (xls)
  • Senarai semak bagi Pendaftaran Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka (pdf)
  • Senarai semak bagi Pendaftaran Orang/Pengarah yang Dilantik bagi Syarikat Modal Teroka dan Syarikat Pengurusan Modal Teroka (pdf).

Cara Untuk Mendapatkan Kit Pendaftaran

Kit Pendaftaran boleh dibeli pada harga RM5 manakala salinan ringan borang pendaftaran boleh dibeli pada harga RM10 di kaunter Jabatan Pelesenan. Kit Pendaftaran boleh juga dibeli melalui pesanan mel (mail order). Semua cek/pesanan pos mestilah dibuat atas nama “Suruhanjaya Sekuriti” dan dihantar/pos ke alamat seperti yang di atas.