(English) Kuala Lumpur, 5 November 2018
Rangka Kerja Pendanaan Ramai Hartanah bagi Menyokong Langkah Pemilikan Rumah Seperti yang Digariskan Dalam Belanjawan 2019

Kami akan menyemak butiran struktur yang dicadangkan dan Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf (Guidelines on Recognised Markets) untuk memudahcarakan pewujudan platform pendanaan ramai hartanah (property crowdfunding) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyokong idea-idea inovatif yang memanfaatkan kemampuan transformasi teknologi untuk mendemokrasikan pelaburan, yang memberi lebih banyak pilihan bagi pembiayaan kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah pertama mereka dan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi mereka. Rangka kerja ini akan mengimbangi penggalakan inovasi dengan memastikan keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi integriti skim tersebut dan kepentingan pelabur.

Untuk memastikan tadbir urus yang wajar bagi skim pembiayaan pemilikan rumah alternatif ini, pengendali platform dikehendaki berdaftar dengan SC dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, ketelusan dan kewangan.

Rangka kerja pendanaan ramai hartanah tersebut dijangka berkuat kuasa pada suku tahun pertama 2019. Sebagai sebahagian daripada proses kami, SC akan melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan melalui rundingan industri sebelum mengeluarkan peraturan tersebut.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA