Kuala Lumpur, 7 Julai 2010



SC umum anggota baru Majlis Penasihat Syariah


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan anggota baru Majlis Penasihat Syariahnya (MPS), sebuah badan berkuasa pusat yang bertanggungjawab menentukan prinsip Syariah dalam pasaran modal di Malaysia.



Pelantikan 11 anggota MPS ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berikutan pindaan terkini kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang berkuat kuasa pada 1 April 2010.



Susulan kepada pindaan itu, SC kini diberikan kuasa untuk membuat peraturan terhadap sebarang hal ehwal Syariah yang berkaitan dengan perniagaan atau transaksi perniagaan pasaran modal Islam yang dirujukkan kepadanya oleh mana-mana mahkamah, penimbang, penggiat pasaran atau pihak lain.



Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar berkata MPS yang telah digunakan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan Islam yang inovatif, telah memainkan peranan penting dalam mengubah satu sektor pertumbuhan yang baru kepada satu komponen teras pasaran modal Malaysia.



“Pindaan terkini kepada CMSA tersebut menunjukkan kepentingan MPS dan dijangka akan mengukuhkan lagi pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia serta meningkatkan kedudukannya sebagai pusat antarabangsa bagi kewangan Islam,” kata beliau.



Sebelas anggota MPS tersebut ialah:





































1.


Tun Abdul Hamid Haji Mohamad, mantan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia

2.

Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Pejabat Peguam Negara

3.

Datuk Haji Md Hashim Haji Yahaya, Felo Kehormat, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

4.

Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, Pengarah Eksekutif BIMB Securities Sdn Bhd

5.

Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Business Solutions Sdn Bhd

6.

Profesor Madya Dr Shamsiah Mohamad, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

7.

Profesor Mohammad Hashim Kamali, Pengerusi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Studies, Malaysia

8.

Profesor Dr H Fathurrahman Djamil, Naib Pengerusi Majlis Ulama Suruhanjaya Fatwa Indonesia

9.

Penolong Profesor Dr Aznan Hasan, Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

10.

Ahmad Suhaimi Yahya, Ketua Pegawai dan Ketua Wilayah Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd

11.

Rafe Haneef, Pengarah Urusan, Global Markets, HSBC Amanah



Pelantikan anggota MPS tersebut adalah bagi tempoh selama dua tahun bermula 1 Julai 2010.



SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA