Kuala Lumpur, 13 Jun 2016
SC Dakwa Datuk Ishak Ismail Atas Kes Kenmark

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan ke atas Datuk Ishak Ismail kerana membuat kenyataan mengelirukan pada 5 Jun 2010 yang berkemungkinan mendorong pembelian saham Kenmark oleh orang lain.  Pertuduhan terhadapnya di bawah seksyen 177(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 berkait dengan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar ‘The Star’ bertarikh 5 Jun 2010.

Sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan itu, Datuk Ishak telah menjadi pemegang saham utama Kenmark, memegang sebanyak 57,691,900 saham Kenmark.

Datuk Ishak juga menghadapi dua tuduhan dagangan orang dalam apabila dia menjual sebanyak 58,691,900 unit saham Kenmark pada 9 dan 11 Jun 2010. Ketika penjualan itu, dia didakwa memiliki maklumat material bukan awam bahawa dua daripada pelanggan Kenmark telah muflis dan EON Bank Bhd tidak bersetuju untuk menarik balik penanggungan atas Kenmark. Pada 2010, SC memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membekukan sebanyak RM4.8 juta yang merupakan hasil dagangan oleh Datuk Ishak yang dipersoalkan.

Datuk Ishak memohon perbicaraan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Mat Ghani Abdullah mengenakan ikat jamin sebanyak RM600,000 dan seorang penjamin untuk perbicaraan pada November 2016.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA