Kuala Lumpur, 24 November 2015
Senarai Kemaskini Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemaskini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemaskini yang berkuat kuasa mulai 27 November 2015, mengandungi 667 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 74 peratus daripada 901 sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk tiga puluh lima (35) sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala tiga puluh sembilan (39) sekuriti dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2015.

Senarai penuh yang dikemaskini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan syarikat terkini yang diaudit, boleh di dapati di sini. Senarai kemaskini seterusnya akan diterbitkan pada bulan Mei 2016, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2016.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA