Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Profil Pelabur Suruhanjaya Sekuriti 2014. Kami amat menghargai masa dan maklum balas yang anda berikan dan segala maklumat yang anda berikan adalah sulit tanpa mengenal pasti identiti seseorang. Kaji selidik ini dijalankan di kalangan pelabur dan juga orang awam yang berumur 18 tahun ke atas untuk kami memahami sentimen dan asas pelaburan seseorang dalam pasaran modal Malaysia.

Data yang diperoleh ini akan digunakan bagi menyokong data sedia ada untuk memberi fahaman dan huraian mengenai perkembangan dan jurang yang ada di pasaran. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan di dalam perkembangan dan perlaksanaan strategi dan program pendidikan pelabur pada masa hadapan, dan juga di dalam pembangunan keseluruhan pasaran modal.

Rangka kaji selidik ini adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Profil Demografi
  • Seksyen B: Pelaburan Am
  • Seksyen C: Pilihan Pelaburan
  • Seksyen D1: Pelaburan dalam Unit Amanah
  • Seksyen D2 : Pelaburan dalam Ekuiti
  • Seksyen D3: Pelaburan dalam Sekuriti Hutang
  • Seksyen D4 : Pelaburan dalam Kontrak Derivatif

Seksyen A dan B direka untuk kesemua responden [pelabur dan bukan pelabur].

Pelabur sedia ada digalakkan untuk menjawab sehingga Seksyen D [bergantung pada portfolio pelaburan].

Anda boleh melengkapkan kaji selidik ini sekali gus, atau, boleh menyimpan maklum balas anda dan meneruskannya kemudian. Hanya gunakan butang `Simpan & Teruskan’ pada bahagian atas setiap halaman.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama anda,

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Klik Disini untuk memulakan kaji selidik.