Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2016 Labur dalam masa depan anda dan mulakan kerjaya yang memuaskan dengan SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengalu-alukan permohonan daripada individu-individu yang memaparkan ciri-ciri kepimpinan dan mempunyai pencapaian akademik yang kukuh. Sebagai agensi pengawalseliaan yang progresif dalam pasaran modal Malaysia, kami komited terhadap usaha memupuk bakat-bakat muda yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang berikut:

  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Perdagangan
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Undang-undang
Web-Banner001

Kerjaya yang memuaskan dan penuh dengan peluang untuk menyumbang ke arah pertumbuhan pasaran modal Malaysia menanti individu-individu yang menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Manfaatkan potensi dan keupayaan anda, dengan mengambil langkah pertama melakar haja tuju kerjaya bersama pengawal selia pasaran modal Malaysia: dapatkan biasiswa SC.

Syarat-syarat kelayakan asas

A. Ijazah pra-universiti
– Untuk kursus-kursus pra-ijazah di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf (A-level, asasi, matrikulasi dan diploma).

  • Minimum 9A dalam peperiksaan SPM 2015
  • Berumur 19 tahun dan ke bawah.

B. Biasiswa pengajian siswazah
– Untuk pengajian ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan untuk program berkembar.

    • Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM 2015, atau
  • 3A pada peringkat A-level, atau
  • 40 mata dalam International Baccalaureate
  • PNGK sekurang-kurangnya 3.5 pada peringkat Diploma/Matrikulasi.

Syarat-syarat lain

  • Penguasaan cemerlang lisan dan tulisan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik serta ciri-ciri kepimpinan
  • Bukan penerima biasiswa organisasi lain
  • Pemahaman yang kukuh dalam pasaran modal merupakan kelebihan

Biasiswa SC merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun hidup yang lain. Tawaran bersyarat akan diberikan kepada calon-calon yang berjaya menerima kemasukan ke universiti/institusi pengajian tinggi yang tersohor dan diiktiraf. Semua siswazah SC dikehendaki berkhidmat dengan SC bagi tempoh yang ditetapkan setelah menamatkan pengajian tinggi mereka.

Hantarkan permohonan secara dalam talian di sini , selewat-lewatnya pada hari Rabu, 16 Mac 2016*, pukul 5.00 petang.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

* *Bagi mengelakkan daripada kesesakan di dalam talian, calon-calon dikehendaki untuk mendaftar selewat-lewatnya pada hari Ahad, 13 Mac 2016 dan menghantarkan semua dokumen-dokumen sokongan untuk permohonan biasiswa sebelum hari Rabu, 16 Mac 2016, pukul 5.00 petang.

Tarikh tutup permohonan: Rabu, 16 Mac 2016, pukul 5.00 petang.