S1:

Apakah status terkini saman sivil yang diambil oleh SC terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti Swisscash?

J:

SC memperoleh penghakiman atas persetujuan bersama dengan Albert Lee dan Amir Hassan pada 6 November 2009 yang mana mereka bersetuju membayar kepada SC sejumlah RM30 juta yang akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada pelabur berkenaan.

S2:

Apakah yang akan berlaku sekarang? Apakah langkah yang akan diambil oleh SC?

Langkah 1:

SC akan melantik seorang Pentadbir dan akan bekerjasama dengan Pentadbir tersebut dalam menyediakan kerangka kerja bagi kelayakan pembuat tuntutan dan pelan pengagihan kepada mahkamah.

Langkah 2:

Mendapatkan perintah mahkamah bagi meluluskan kerangka kerja tersebut.

Langkah 3:

Pentadbir akan menguruskan pemprosesan tuntutan, termasuk mengiklankan tuntutan dan membuat keputusan mengenai kelayakan pelabur.

Langkah 4:

Pelabur yang layak akan diberitahu dan pembayaran akan dibuat.

S3:

Saya hanya mempunyai salinan fotostat bayaran yang telah saya buat kepada skim Swisscash. Bolehkah saya mengemukakan tuntutan?

J:

Ya, anda masih boleh mengemukakan tuntutan tetapi itu tidak menjamin anda berjaya dalam tuntutan anda.

S4:

Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai bukti pembayaran kerana saya telah menyerahkan wang tunai kepada ‘upliner’?

J:

Anda mungkin tidak akan mendapat kembali pelaburan anda kerana pembayaran perlu ditadbir berdasarkan syarat yang ketat.

S5:

Saya membantu menarik pelabur lain menyertai dan melabur dalam skim tersebut. Adakah saya layak mendapat semula wang saya?

J:

Antara syarat layak untuk mendapat ganti rugi adalah sama ada pelabur itu terlibat secara aktif dalam menarik orang lain ke dalam pelaburan tersebut dan dengan itu dianggap bersubahat dalam skim penipuan ini. Mana-mana pelabur yang terlibat dalam skim tersebut sama ada dengan menarik ahli baru atau menjadi ‘upliner’, tidak layak menuntut wang mereka.