Senarai Penasihat Utama yang Diluluskan

Tujuan Senarai Penasihat Utama yang Diluluskan (Senarai yang Diluluskan) ini adalah bagi membolehkan orang ramai menentukan sama ada mereka berurusan dengan Penasihat Utama yang diluluskan oleh SC untuk menyerahkan, bagi pihak pelanggan mereka, Cadangan Korporat Khas1 kepada SC.

Dengan menerbitkan Senarai yang Diluluskan, SC tidak mencadangkan atau menjamin prestasi Penasihat Utama tersebut. Maklumat yang terkandung dalam Senarai yang Diluluskan adalah terkini setakat 12 Oktober 2010.

Klik di sini untuk melihat Senarai Penasihat Utama yang Diluluskan.


1

Didefinasikan sebagai Tawaran Awam Awal di Bursa Malaysia, pemindahan penyenaraian dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama di Bursa Malaysia, penyenaraian sekunder syarikat asing di Bursa Malaysia atau pemerolehan signifikan yang memerlukan kelulusan SC bawah seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.