1. Apakah yang telah dilakukan oleh SC untuk mendidik orang ramai mengenai pasaran modal?
Sejajar dengan peranannya untuk mendidik orang ramai mengenai pasaran modal, SC menubuhkan Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) pada 1 Julai 1994 untuk menggalakkan pendidikan dan penyelidikan pembangunan pasaran modal di Malaysia.

2. Apakah aktiviti utama SIDC?
SIDC bertanggungjawab menggalakkan pendidikan dan penyelidikan bagi pembangunan pasaran modal supaya dapat menaikkan standard dan meningkatkan kemahiran peserta pasaran modal. Ia juga bertanggungjawab mewujudkan kesedaran di kalangan pelabur dan latihan peningkatan kemahiran yang berterusan di kalangan kakitangan SC. SIDC memudahcarakan kursus-kursus latihan bagi industri dan kakitangan SC melalui pelbagai program dan aktiviti, termasuk persidangan, seminar, bengkel dan pembelajaran berasaskan komputer. SIDC juga membina modul peperiksaan pelesenan dan menerbitkan bahan-bahan pendidikan.

3. Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti SIDC?
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti SIDC di sini.

4. Adakah SC menyediakan kemudahan yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk menjalankan penyelidikan mereka sendiri terhadap pasaran modal?
Perpustakaan SIDC, sebuah perpustakaan khusus dalam bidang pasaran modal, dibuka kepada orang ramai dari Isnin hingga Jumaat antara jam 9 malam hingga 5 petang dan pada hari Sabtu antara jam 9 malam hingga 12 tengah hari.