1. Apakah peluang kerjaya yang terdapat di SC?
Peluang kerjaya ada di SC bagi individu yang mempunyai kelayakan daripada perakaunan hingga ke sains aktuari dan pentadbiran; daripada perniagaan hingga ekonomi dan kejuruteraan; daripada kewangan hingga tatalaku manusia dan sumber manusia; daripada IT hingga undang-undang dan sains perpustakaan; daripada harta kepada psikologi dan perhubungan awam; daripada sains hingga sains sosial, statistik dan Syariah.

2. Atas dasar apakah SC membuat pengambilan kakitangan?
SC mengambil kakitangan sama ada secara tetap, sementara atau kontrak, bergantung kepada spesifikasi dan keperluan tugas.

3. Adakah SC mengiklankan mana-mana peluang pekerjaan dalam organisasi tersebut?
Sila perhatikan iklan jawatan kosong kami yang dimasukkan di akhbar.