Datuk Ranjit Ajit Singh
Pengerusi

Datuk Ranjit Ajit Singh dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkuat kuasa pada bulan April 2012. Sebelum itu, beliau ialah pengarah Urusan SC dan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pengawalseliaan sekuriti.

Datuk Ranjit ialah ahli lembaga pentadbir Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), iaitu sebuah badan global pengawal selia sekuriti. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Pesat Membangun IOSCO yang dianggotai oleh 86 bidang kuasa. Beliau telah memainkan peranan penting dalam kerja dasar pengawalseliaan sekuriti antarabangsa.

Pada masa ini, Datuk Ranjit mempengerusikan Securities Industry Development Corporation dan Dana Pembangunan Pasaran Modal. Beliau juga ialah ahli Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Yayasan Pelaporan Kewangan.

Datuk Ranjit terlatih sebagai pakar ekonomi kewangan dan akauntan. Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Ekonomi Kewangan daripada Monash University Melbourne dan merupakan felo CPA Australia. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di Australia dan Malaysia dalam bidang akademik, runding cara dan perakaunan.