Pengenalan

www.sc.com.my (Laman) dimiliki dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Hak Milik

Kecuali dinyatakan, semua bahan yang terkandung di Laman ini, termasuk semua reka bentuk, teks dan imej serta program perisian atau isi kandungan yang terdapat di Laman ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda niaga dan hak milik yang dimiliki oleh SC.

Tiada mana-mana bahagian daripada Laman ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam mana-mana laman web atau dimasukkan ke dalam mana-mana sistem atau perkhidmatan pengambil kembalian maklumat sama ada untuk umum atau persendirian, tanpa kebenaran bertulis daripada SC.

Penolak Tuntutan

Kandungan Laman ini bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan bukan sebagai pengganti nasihat perundangan dan pelaburan.

Kandungan Laman ini adalah dianggap tepat dan terkini pada tarikh yang dipaparkan pada halaman pertama Laman ini.

Walaupun ketelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam Laman ini, SC tidak boleh dipertanggungjawabkan, sebagaimana yang terdapat dalam seksyen 160 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, bagi sebarang maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap

Versi muktamad bagi sebarang dokumen di Laman ini merupakan dokumen asal yang difailkan di SC.

Pautan

Tiada mana-mana bahagian daripada Laman ini yang boleh dipautkan kepada mana-mana laman web lain tanpa kebenaran bertulis daripada SC.

Mana-mana laman web yang dipautkan ke laman web ini bukan di bawah kawalan SC. SC tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman web pautan, atau sebarang perubahan atau kemas kini dalam laman-laman tersebut.

Sebarang permohonan untuk meletakkan pautan kepada Laman ini mestilah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada:

Faks : 03 6201 5078
E-mel : [email protected]
Pos: Jabatan Hal Ehwal korporat dan Antarabangsa
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

Umum

Dengan mengakses mana-mana bahagian di Laman ini, pengguna dianggap telah menerima sepenuhnya terma dan syarat yang ditetapkan ini.

Terma-terma ini adalah ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan dengan itu pengguna adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.