Peristiwa Penting Dalam Tahun 2008

Tindakan Sivil Terhadap Pemutar Belit Pasaran

SC, pada 9 April 2008, memfailkan tindakan sivil terhadap lapan defendan asing dan tempatan, bagi mendapatkan:

  • Pengisytiharan bahawa semua defendan berkomplot untuk memanipulasi pasaran dan harga saham Iris, dan menipu pelabur;
  • Pengisytiharan bahawa semua keuntungan yang diperoleh oleh defendan akan dipegang dalam satu amanah bagi manfaat para pelabur yang terbabit;
  • Perintah supaya semua aset dan harta setiap defendan diserahkan kepada SC selepas dikesan dan dijejaki bagi membayar ganti rugi kepada pelabur yang terbabit;
  • Injunksi Tetap menghalang defendan daripada berdagang dalam saham-saham tersebut;
  • Injunksi Tetap menghalang defendan daripada berdagang dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia atau Mesdaq; dan
  • Ganti rugi am dan ganti rugi teladan.