Perpustakaan SC mempunyai koleksi khas buku-buku, jurnal, dan rekod meliputi subjek-subjek yang berkaitan dengan pasaran modal seperti produk kewangan, perancangan pelaburan, perakaunan, tadbir urus korporat dan pasaran modal Islam.

Perpustakaan ini terbuka kepada orang ramai dan terletak di tingkat satu bangunan SC. Terdapat ruang letak kereta yang mencukupi dan suasana yang cukup selesa untuk membaca, menyelidik dan belajar.

Perpustakaan telah mengadakan sudut Peperiksaan Pelesenan untuk membantui calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pelesenan. Semua panduan pembelajaran peperiksaan dan bahan-bahan rujukan bagi semua peperiksaan terdapat di sini untuk rujukan.

Untuk menggalakkan orang ramai membaca lebih banyak lagi mengenai melabur dalam pasaran modal, satu sudut Pendidikan Pelabur juga turut diadakan. Di sini, anda boleh menghabiskan masa berjam-jam membaca dan melihat-lihat buku-buku yang menarik mengenai asas melabur.

Waktu Dibuka

Isnin – Khamis

:

9:00 pagi – 6:15 petang

Jumaat

:

9:00 pagi – 12:30 tengahari

2:30 petang – 6:00 petang


Perkhidmatan Perpustakaan

Pangkalan Data Unit Amanah, sebuah pangkalan data dalam talian yang termasuk di dalamnya prospektus, ikatan amanah, laporan tahunan dan penyata kewangan/laporan pengarah bagi semua dana unit amanah Malaysia yang dikeluarkan dari tahun 1996 hingga sekarang. Untuk mengakses pangkalan data, orang ramai mesti mendaftar sebagai ahli Perpustakaan SC. Keahlian individu adalah sebanyak RM50 setahun manakala keahlian korporat, yang membenarkan tiga penama, adalah sebanyak RM500 setahun. Borang pendaftaran boleh didapati di sini.


PANDUAN PENGGUNA PANGKALAN DATA ARKIB UNIT AMANAH PERPUSTAKAAN SC


Perkhidmatan penyelidikan untuk membantu orang ramai mencari bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan disediakan oleh pegawai perpustakaan kami.

Terdapat juga kemudahan Internet dan salinan foto serta pangkalan data dalam talian dan e-jurnal untuk penyelidikan .

Pertanyaan: Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan SC di 03-6204 8668 atau e-mel: [email protected]