SC kerap membantu pengawal selia pasaran membangun lain dalam bidang pendidikan dan latihan. Bantuan latihan atas permintaan telah diberikan dalam bentuk sangkutan dan lawatan belajar, yang mana pengoperasian dan pengalaman SC dan pelbagai sector pasaran modal dikongsi bersama. Capital Markets Authority of Kenya, Federal Commission for the Securities Market of the Russian Federation, Securities and Exchange Commission of Thailand, dan State Securities Commission of Vietnam adalah antara beberapa pengawal selia yang telah melawat SC.

SC telah melayani permintaan tertentu pengawal selia serantau untuk membangunkan program dan bengkel latihan. SC telah menganjurkan program pendidikan mengenai pasaran modal Malaysia di Vietnam bagi kakitangan State Securities Commission, State Bank of Vietnam dan pegawai kerajaan lain pada 1997. SC juga membantu Commodity and Futures Trading Commission (Bappebti) Indonesia untuk membangunkan program latihan niaga hadapan dan peperiksaan pelesenan bagi Indonesia.