SC berkeyakinan dalam menyediakan program berkualiti supaya pelatih kami mendapat pendedahan dan mempunyai tanggungjawab sebenar, dan memperoleh pembelajaran dan pencapaian yang jitu pada penghujung latihan dengan kami. Oleh itu, standard yang tinggi ditetapkan untuk penerimaan pelatih, dan tempoh optimum bagi latihan ialah 3 bulan dan tempoh minimum ialah 2 bulan. Program Latihan SC sangat popular dan persaingan adalah tinggi untuk mendapat tempat. Pelatih meninggalkan SC bukan hanya dengan pengalaman kerja yang sangat berharga dengan pengawal selia pasaran modal Malaysia, tetapi juga mendapat rangkaian kawan baru dan rakan sekerja yang diperoleh dalam satu budaya yang bermotivasi prestasi tinggi.

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi Pelatih SC!

Untuk memohon menyertai program ini, sila hantarkan surat atau e-mel kepada kami bagi menyatakan yang berikut:

  • Memperkenalkan diri anda dan memberikan kami sebarang maklumat yang anda mahu kami tahu mengenai anda, termasuk butiran untuk dihubungi. Nyatakan mengenai apa yang sedang anda lakukan sekarang – misalnya, masih belajar untuk ijazah sarjana atau kursus lepas ijazah, atau merancang untuk mengambil cuti belajar.
  • Jika anda masih belajar, nyatakan di universiti mana, apakah kursus yang diambil dan ijazah yang bakal diperoleh. Jika anda bekerja dan membuat pengajian lepas ijazah pada masa yang sama, nyatakan apakah kemahiran dan pengalaman yang anda miliki serta kemahiran diri yang sedang dibina. Misalannya, adakah anda sedang mengasah kemahiran dalam penulisan teknikal dan melakukan penyelidikan atau analisis? Atau, adakah anda lebih berminat terhadap operasi dan aktiviti sera program harian?
  • Nyatakan sepenuhnya bagaimana latihan dengan SC akan memberi manfaat kepada anda dan apakah yang menjadikan anda orang yang layak untuk menjadi pelatih SC. Sertakan satu cadangan ringkas mengenai apakah aspek pasaran modal yang anda minati, apakah jenis latihan yang anda cari, dalam kumpulan urusan dan jabatan mana di SC, dan bagaimana kerja/topik tersebut relevan dengan bidang pengajian anda.

Pada penghujung latihan, anda akan berupaya untuk membentangkan kepada penyelia dan pengurus kanan anda mengenai kerja yang telah anda lakukan, perkara yang anda selidiki dan tulis dan sumbangan langsung anda kepada organisasi ini sebagai Pelatih SC. Ini kemudiannya boleh dikongsi bersama dengan pensyarah dan tutor dan diguna pakai dalam pengajian dan kursus anda.

Kami akan meneliti semua permohonan dan mereka yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemu duga.

Hantarkan surat permohonan anda bersama resume, transkrip peperiksaan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport (n.r.) melalui pos atau e-mel kepada:

Perancangan Tenaga Kerja
Jabatan Sumber Manusia
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

atau

[email protected]