Jika anda merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga cergas dalam bidang bukan akademik – seperti sukan, drama, muzik atau kerja-kerja sukarela dengan NGO – dan baru saja menamatkan pengajian atau akan menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam bidang seperti perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, pengajian perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains, falsafah dan bahasa, anda boleh menimbangkan untuk menyertai SC sebagai Eksekutif Pengurusan.

Anda perlu mempunyai pemahaman yang boleh diterima mengenai kerja yang dilakukan di SC, dan boleh memberitahu kami, ketika ditemu duga, bagaimana kepentingan kerjaya anda dapat diselaraskan dengan apa yang kami lakukan di SC. Anda mestilah boleh menulis dan bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan fasih dalam Bahasa Melayu. Kemahiran dalam Bahasa Mandarin atau bahasa asing merupakan satu kelebihan.

Jika anda berminat untuk menyertai Program Siswazah Eksekutif Pengurusan dan kemudian mempunyai kerjaya dengan SC, sila muat turun borang permohonan yang boleh didapati dalam format pdf dan MSWord.

Anda boleh menghantar borang permohonan yang sudah lengkap diisi bersama resume melalui e-mel kepada [email protected] atau hantarkan kepada alamat berikut:

Jabatan Sumber Manusia
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 603-6204 8000
Faks: 03-6201 5201

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemohon. Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.