1998

Januari

Berikutan pewujudan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998, Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (NERP) telah diperkenalkan sebagai pelan tindakan bagi pemulihan ekonomi Malaysia. NERP memberi tumpuan kepada melaksanakan tindakan bagi pemulihan ekonomi Negara. Cadangan tersebut termasuk cadangan meluas bagi penstabilan ekonomi dan pembaharuan struktur serta menangani keutamaan sosio ekonomi dan sektor yang terkesan akibat krisis. Keutamaan utama ialah tindakan mengekalkan kestabilan mata wang dan pasaran modal (termasuk pasaran bon), serta memperkukuh pasaran kewangan dan asas ekonomi.

1999

Jun

Kerajaan mengumumkan bahawa SC merupakan pihak berkuasa kawal selia tunggal bagi pasaran bon korporat. Berikutan itu, MTEN menubuhkan Jawatankuasa Pasaran Bon Kebangsaan (NBMC) untuk–

  • Menyediakan hala tuju dasar keseluruhan bagi pembangunan pasaran bon korporat yang teratur;
  • Menjalankan kajian terperinci ke atas isu-isu berkaitan pembangunan pasaran bon korporat; dan
  • Mengenal pasti dan mencadangkan strategi pelaksanaan yang sesuai.
2000

Januari

Pengecualian daripada duti setem diberikan kepada semua instrumen berkaitan dengan terbitan dan pindahan sekuriti hutang swasta, yang telah diluluskan oleh BNM atau SC.

Pengecualian Duti Setem dan Cukai Perolehan Hartanah diberikan kepada transaksi pensekuritian yang dilaksanakan pada atau selepas 30 Oktober 1999 tetapi tidak selepas 31 Disember 2000.

Mac

Kalendar lelongan prapengumuman bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan indikasi saiz terbitannya bagi setiap suku tahun sebelum tarikh terbitan diumumkan. Kalendar Lelongan MGS diumumkan sejajar dengan komitmen Kerajaan untuk memudahcarakan pewujudan kelok hasil tanda aras yang boleh dipercayai dan cekap. Kalendar lelongan ini boleh meningkatkan ketelusan dan memudahcarakan perumusan strategi pelaburan oleh pelabur. Usaha telah diambil utuk menggabungkan terbitan MGS yang terasing dengan membuka semula terbitan “on-the-run” yang bersaiz lebih kecil untuk mewujudkan kelok hasil tanda aras yang lebih diharapkan, meluas dan diagihkan secara meluas bagi penetapan harga bon korporat.

Julai

SC menjadi pengawal selia tunggal bagi semua aktiviti penjanaan dana berikutan pindaan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), Akta Syarikat 1965 (CA), Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). SC juga bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang meluluskan dan mendaftar prospektus semua sekuriti selain sekuriti yang diterbitkan oleh kelab rekreasi tidak tersenarai. Pendaftar Syarikat (kini Suruhanjaya Syarikat Malaysia) adalah bertanggungjawab bagi pengemukaan prospektus. Berikutan ini, SC menjadi pengawal selia tunggal bagi pasaran bon korporat apabila ia beralih kepada pendekatan pengawalseliaan berteraskan penzahiran (DBR) sepenuhnya dengan keluarnya–

SC mengumumkan, pagi pihak NBMC, Senarai Negatif NBMC menunjukkan situasi di mana penggunaan hasil kutipan daripada penerbitan sekuriti hutang swasta adalah tidak dibenarkan.

Pengawal Tukaran Asing mengeluarkan Garis Panduan Kawalan Tukaran berkenaan Penerbitan Sekuriti Hutang Swasta bagi Pengatur Utama bagi memastikan pematuhan dengan syarat/keperluan kawalan tukaran di bawah kerangka kawal selia baru tersebut.

Perintah Institusi Perbankan dan Kewangan (Pindaan Definisi Deposit) 2000 diwartakan berkuat kuasa 1 Julai 2000. Dengan Perintah ini, institusi tidak berlesen dibenarkan untuk menjalankan urusniaga perjanjian pembelian semula (repo) dengan institusi berlesen di bawah BAFIA.

Oktober

SC mengumumkan bagi pihak NBMC, kelonggaran beberapa halangan ke atas penggunaan hasil kutipan daripada penerbitan sekuriti hutang swasta dalam Senarai Negatif NBMC, sejajar dengan kelonggaran halangan peminjaman oleh BNM.

2001

Januari

Semua transaksi pensekuritian yang diluluskan oleh SC dikecualikan daripada Duti Setem dan Cukai Keuntungan Hartanah.

Februari

Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) dilancarkan. Ia menetapkan kedudukan strategik dan hala tuju masa depan pembangunan pasaran modal bagi Malaysia. CMP merangkumi enam objektif utama, yang mengandungi 152 cadangan dalam menetapkan kedudukan strategik dan hala tuju masa depan pasaran modal Malaysia bagi tempoh 10 tahun. Ia bertujuan memberikan peserta pasaran dengan kejelasan strategik bagi wawasan dan objektif pasaran modal di tengah-tengan pasaran yang berubah-ubah. 17 daripada cadangan CMP adalah berkaitan dengan pembangunan pasaran bon secara khusus.

SC mengeluarkan nota amalan berkaitan terbitan, tawaran atau pelawaan kepada sekuriti hutang swasta denominasi mata wang asing.

April

SC memperkenalkan Guidelines on the Offering of Asset-backed Securities (Garis Panduan ABS).

September

SC, melalui satu set jawapan kepada soalan lazim mengenai Garis Panduan ABS, menangani isu-isu berkaitan dengan perantara kegunaan khas dalam transaksi pensekuritian, proses kelulusan, pemula, keperluan bagi asset yang boleh disekuritikan, penyedia khidmat dan hal kawalan tukaran.

Disember

SC mengumumkan bagi pihak NBMC lebih kelonggaran ke atas beberapa sekatan penggunaan hasil kutipan daripada penerbitan sekuriti hutang swasta.

BNM mengeluarkan Garis Panduan Guidelines on Securities Borrowing and Lending (SBL) dan Nota Panduan mengenai Transaksi Perjanjian Pembelian Semula (repo).

2002

Mac

Bursa Derivatif Malaysia memperkenalkan kontrak niaga hadapan MGS 5 tahun.

Oktober

SC mengeluarkan kertas rundingan untuk mendapatkan komen orang ramai mengenai pindaan yang dicadangkan kepada dua set garis panduan: Guidelines on the Offering of Private Debt Securities (Garis Panduan PDS) dan Guidelines on the Offering of Asset-backed Securities (Garis Panduan ABS).

SC mengeluarkan garis panduan Guidelines on Dealings in Unlisted Debt Securities by Universal Brokers.

November

NBMC menerima pakai Report on Asset Securitisation in Malaysia: The Way Forward For The Malaysian Market.

2003

Mac

Pasaran modal Malaysia memasuki fasa terakhir dalam peralihannya daripada rangka kerja berteraskan merit kepada kerangka DBR bagi penjanaan dana. Pencapaian penting SC ini diikuti oleh pengumuman tujuh garis panduan penjanaan dana yang disemak semula, termasuk Garis Panduan PDS dan Garis Panduan ABS.

Ogos

SC mengumumkan bagi pihak NBMC kelonggaran bagi beberapa sekatan penggunaan hasil kutipan daripada penerbitan sekuriti hutang swasta bagi pembinyaan pasar raya besar.

September

Pewujudan kerangka neutral percukaian bagi transaksi pensekuritian dan potongan cukai selama lima tahun ke atas perbelanjaan dalam penerbitan ABS dalam Belanjawan 2004.

Bursa Derivatif Malaysia (MDEX) memperkenalkan kontrak niaga hadapan MGS 3 tahun dan 10 tahun.

Disember

SC mengumumkan garis panduan Guidelines on the Offering of Structured Products. Pengenalan garis panduan ini akan memudahcarakan broker universal, bank saudagar, bank komersial termasuk bank Islam dan perantara kegunaan khas yang dijamin prestasi oleh mana-mana institusi yang disebut di atas untuk menerbitkan “produk berstruktur” yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelabur sofistikated.

2004

Julai

SC mengeluarkan Nota Amalan 2 mengenai terbitan, tawaran atau pelawaan PDS denominasi ringgit oleh bank pembangunan pelbagai hala atau institusi kewangan pelbagai hala di Malaysia.
SC memperkenalkan garis panduan Guidelines on the Offering of Islamic Securities (Garis Panduan IS). Dengan pengenalan Garis Panduan IS, Garis Panduan PDS tidak lagi terpakai bagi penerbitan sekuriti Islam di Malaysia. Bagaimanapun, garis panduan SC, Policies and Guidelines on the Issue/Offer of Securities and Guidelines on the Offering of Asset-backed Securities masih lagi terpakai kepada sekuriti Islam, di mana relevan.

September

Belanjawan 2005 mengumumkan pemansuhan cukai tertangguh ke atas pendapatan faedah yang diperoleh daripada pelaburan olen bukan pemaustatin dalam semua bon denominasi ringgit dan sekuriti Islam, selain daripada stok pinjaman boleh tukar. Pengecualian tersebut berkuat kuasa 11 September 2004.

Oktober

Satu Nota Maklumat untuk memberikan lebih panduan mengenai penerbitan bon denominasi ringgit di Malaysia oleh bank pembangunan pelbagai hala atau institusi pembangunan pelbagai hala, dikeluarkan bersama oleh SC dan BNM. Nota Maklumat ini hendaklah dibaca bersama Garis Panduan PDS dan Nota Amalan 2

November

SC mengeluarkan Nota Amalan 1 dan Nota Amalan 2 kepada Garis Panduan IS, yang mengecualikan kelas penerbit tertentu daripada pelbagai keperluan Garis Panduan IS. SC juga mengeluarkan Nota Amalan 1 kepada Guidelines on the Minimum Contents Requirements for Trust Deeds bagi memastikan kebolehpakaian yang sama garis panduan ini kepada sekuriti Islam.

2005

Mac

SC, bagi pihak NBMC, mengumumkan pembatalan Senarai Negatif NBMC. Senarai Negatif NBMC dibatalkan sejajar dengan kelonggaran BNM terhadap sekatan pinjaman penyambung bank. Dengan pembatalan Senarai Negatif NBMC, parity kawal selia akan tercapai bagi aktiviti penjanaan dana oleh sector swasta.
SC masih mengenakan sekatan pembiayaan baru dari masa ke semasa, melalui rundingan bersama NBMC.
Nota Maklumat yang dikemas kini dikeluarkan bersama oleh SC dan BNM bagi merangkumi bon denominasi ringgi yang diterbitkan di Malaysia oleh bank pembangunan pelbagai hala atau institusi kewangan pelbagai hala sebagai sekuriti yang layak untuk diurusniagakan bagi operasi pembelian semula (repo) dengan BNM. Nota Maklumat ini hendaklah dibaca bersama dengan Garis Panduan PDS dan Nota Amalan 2.

April

SC mengeluarkan Nota Amalan 3 bagi Garis Panduan PDS, untuk menyediakan kerangka yang lebih memudah cara bagi kelulusan instrumen deposit boleh runding (NID) dengan tempoh matang melebihi lima tahun.

Julai

The SC issued Practice Note 1 to the Guidelines on Dealing in Unlisted Debt Securities by a Universal Broker to facilitate cross-selling of unlisted debt securities by dealer’s representatives of both universal brokers (UBs) and eligible non-UBs to their eligible individual customers.

September

Pengurangan cukai pendapatan sedia ada bagi bon Islam diperluas bagi merangkumi takrifan baru sekuriti Islam.
Pindaan kepada Jadual 1 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), bersama SC’s Nota Panduan SC bagi Dagangan Sekunder Debentur denominasi mata wang asing dan sekuriti Islam denominasi mata wang asing, mengecualikan keperluan untuk mendapatkan kelulusan SC terlebih dahulu menurut seksyen 32 SCA bagi dagangan sekunder dalam debenture denominasi mata wang asing dan sekuriti Islam denominasi mata wang asing (“bon denominasi mata wang asing”), dengan syarat dagangan sedemikian dijalankan antara pelabur sofistikated.
SC juga mengeluarkan Nota Amalan 1 bagi Garis Panduan PDS yang disemak dan Nota Amalan 1 bagi Garis Panduan IS , di bawahnya syarikat awam di Malaysia yang menerbitkan bon denominasi mata wang asing diberikan pengecualian sekiranya penerbitan bon tersebut dibuat hanya kepada pelabur di luar Malaysia dan/atau pelabur sofistikated di Malaysia.

Disember

SC mengeluarkan Nota Amalan 3 bagi Garis Panduan IS, bagi menyediakan kerangka yang lebih memudah cara bagi kelulusan instrumen boleh runding Islam dengan tempoh matang melebihi lima tahun.

2006

Januari

SC mengeluarkan Garis Panduan mengenai Pendaftaran Agensi Penetapan Harga untuk menyediakan prosedur pendaftaran dan keperluan kawal selia yang perlu dipenuhi oleh agensi penetapan harga bon.
SC mengeluarkan nota amalan yang memperinci system pengiktirafan bagi agensi penarafan kredit.

April

SC mengeluarkan Nota Amalan 4 bagi Garis Panduan PDS dan Nota Amalan 4 Garis Panduan IS untuk mempromosi penerbitan CP/MTN tanpa skrip di bawah program hutang atau program sekuriti Islam

Oktober

SC mengeluarkan Nota Amalan 2B bagi Garis Panduan PDS dan Garis Panduan IS, bagi menyediakan kerangka yang lebih memudah cara bagi kelulusan sekuriti hutang swasta denominasi ringgi dan sekuriti Islam di Malaysia oleh syarikat multi nasional (MNC).

2007

Mac

Kelonggaran tertentu telah diberikan di bawah Nota Amalan 1A SC untuk mempercepat penerbitan bon denominasi mata wang asing dan sukuk di Malaysia. Kerangka kawal selia yang memudah cara menunjukkan usaha berterusan Malaysia untuk membangunkan pasaran bon, serta meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Nota Amalan 1A hendaklah dibaca bersama dengan Nota Maklumat Bersama yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan SC mengenai penerbitan bon denominasi mata wang asing dan sukuk.

2008

Januari

SC mengeluarkan Nota Amalan 1 bagi Garis Panduan Penawaran Sekuriti Bersandarkan Aset. PN 1 tersebut menetapkan keperluan kawal selia dan penzahiran yang perlu dipenuhi oleh penasihat utama dan bank asalan dalam sesuatu transaksi obligasi pinjaman bercagar utama. Keperluan penzahiran tambahan. Keperluan penzahiran tambahan ini adalah bagi meningkatkan ketelusan dan kejelasan maklumat kepada pelabur dan pihak yang terbabit dalam transasksi CLO utama.

Disember SC mengeluarkan Nota Amalan 5 yang diterbitkan selaras dengan Garis panduan Penawaran Sekuriti Islam dan Garis panduan Penawaran Sekuriti Hutang Swasta untuk menjelaskan pengaplikasian kedua-dua Garis panduan tersebut terhadap penyenaraian sekuriti Islam dan sekuriti hutang di bawah sistem pengecualian di Bursa Malaysia. Antara lain, Nota tersebut menjelaskan bahawa penyenaraian di Bursa Malaysia tidak memerlukan kelulusan tambahan dari SC bawah seksyen 212(4) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia dan soalan-soalan lazim mengenai rangka kerja penyenaraian boleh didapati di lama web Bursa Malaysia http://www.bursamalaysia.com.