“Melindungi Pelabur Melalui Pendidikan”

Pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan sukacitanya ingin memaklumkan pelancaran Siri Pendidikan Pelabur Radio BFM89.9 pada 22 Februari 2010. Siri yang berbentuk sessi soal jawab dalam masa 3 minit yang akan berlangsung pada hari bekerja selama 5 minggu akan diudarakan pada pukul 6:57 petang.

Program selama 5 minggu ini bertujuan memberi pelabur maklumat mengenai :-

  • fungsi dan tugas am pasaran modal dan peserta-pesertanya,
  • hak dan tanggungjawab pelabur,
  • apa yang pelabur boleh harapkan dari penasihat kewangan, broker atau agen pelaburan,
  • kriteria-kriteria asas pelbagai produk pelaburan yang ada dipasaran pada masa kini,
  • nasihat mengenai bentuk-bentuk soalan dan langkah yang perlu diambil oleh pelabur semasa membuat pelaburan, dan
  • kaedah-kaedah dalam membuat tuntutan ganti rugi.

Pendengar adalah digalakkan untuk memberi maklumbalas atau mengajukan soalan mengenai isu-isu yang yang dibincangkan kepada [email protected]

Siri Podcast Pendidikan Pelabur