drNik

Dato Dr Nik Ramlah Mahmood
Timbalan Ketua Eksekutif

Dato Dr Nik Ramlah Mahmood dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 April 2012. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan dan dan juga Pengarah Eksekutif Bahagian Penguatkuasaan SC.

Sepanjang perkhidmatan selama 18 tahun di SC, Nik Ramlah telah bertugas dalam pelbagai bidang meliputi bahagian pembaharuan perundangan dan pengawalseliaan, pembangunan produk dan pasaran, pasaran modal Islam, pendidikan pelabur dan penguatkuasaan.

Nik Ramlah merupakan ahli teras bagi Sidang Meja Bulat OECD Asia bagi Tadbir Urus Korporat dan terbabit secara aktif dalam penyediaan Laporan Jawatankuasa Kewangan Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus Korporat 2001 dan Pelan Tindakan Tadbir Urus Korporat 2011. Beliau telah mempengerusikan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Kewangan bagi Pembaharuan Undang-undang dan Pengawalseliaan dan Projek Pelaksanaan.

Nik Ramlah juga pernah menganggotai Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Korporat dan mempengerusikan Kumpulan Kerja bagi Tadbir Urus Korporat dan Hak-hak Pemegang Saham.

Beliau ialah ahli Lembaga Pengarah Securities Industry Development Corporation (SIDC), iaitu cabang latihan dan pendidikan SC dan ahli Panel Pembangunan Profesional bagi Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Universiti Kewangan Islam global dan ahli EXCO Institut Kewangan Asian (AIF).

Nik Ramlah memperoleh ijazah Kepujian Kelas Pertama Undang-undang dari Universiti Malaya dan LLM dan PhD dari University of London. Bagi pengajian PhDnya, beliau menerima biasiswa daripada Persatuan Universiti Komanwel. Beliau juga ialah ahli Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun (ACIFP).

Sebelum menyertai SC pada tahun 1993, Nik Ramlah merupakan Profesor Madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.