Page 105 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 105

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
 Sementara itu, SC kekal lantang dalam menyokong kepelbagaian sebagai komponen penting dalam amalan tadbir urus korporat yang baik. Antara saluran lain, SC telah diwakili sebagai ahli panel pada acara Accelerating Venture Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023. Sesi panel, ‘Does Gender Matter in the Digital World’, membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita dalam tenaga kerja, penyertaan wanita dalam jawatan kepimpinan, dan usaha kolektif yang diperlukan untuk merapatkan jurang dan memecahkan berat sebelah gender dalam industri fintech.
Memastikan Pematuhan dan Melindungi Pelabur
SC dan Persatuan Syarikat Pemegang Amanah Malaysia (ATCM) terus menjadi tuan rumah bersama Forum Pemegang Amanah Bon dan Sukuk, yang kedua dalam sirinya. Forum itu menandakan peristiwa penting bagi industri bon dan sukuk Malaysia dan pertama kali diadakan pada 2021 sebagai tindak balas kepada pandemik global dan gangguan terhadap landskap ekonomi dan kewangan.
Edisi kedua forum itu yang diadakan pada 12 Mei 2023 di SC, mengumpulkan 35 wakil daripada pelbagai syarikat pemegang amanah yang terlibat dalam pasaran bon dan sukuk Malaysia. Pengerusi SC, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin menyampaikan ucapan alu-aluan di forum itu, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh pemegang amanah bon dan sukuk dalam memastikan pematuhan dan melindungi kepentingan pelabur dalam pasaran bon dan sukuk.
Forum itu melibatkan SC bersama pemegang amanah bon dan sukuk. Perbincangan tertumpu kepada cabaran dan peluang oleh pendigitalan dalam pasaran
bon dan sukuk. Para hadirin forum juga berpeluang berkongsi pandangan mereka mengenai tugas dan liabiliti lembaga pengarah syarikat pemegang amanah.
Forum ini menyediakan platfom bagi pemegang amanah bon dan sukuk untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang tanggungjawab mereka. Ia juga merangkumi komitmen SC untuk menjadi pengawal selia yang memudah cara, telus dan melibatkan diri. Libat urus berterusan dengan pemegang amanah bon dan sukuk membolehkan SC merangka dasar yang menangani cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dan memupuk pertumbuhan dan pembangunan berterusan pasaran bon dan sukuk.
Membina Ketahanan Teknologi
Landskap keselamatan siber telah berkembang pesat, dengan kemungkinan serangan siber bertambah dengan ketara setiap tahun apabila penjenayah siber menggunakan taktik yang semakin canggih. Sebagai tindak balas, SC mengekalkan pendekatan berwaspada untuk memantau ancaman dan insiden, dan mengamalkan pendekatan berkadaran dalam menguruskan insiden siber dengan berkesan.
SC melalui latihan CMCS kekal teguh dalam objektif keseluruhannya untuk menyemai kesediaan dan kecekapan dalam kalangan entiti yang mengambil bahagian dengan melengkapkan mereka dengan ketangkasan untuk bertindak balas dengan segera dan daya tahan untuk pulih dengan berkesan apabila berhadapan dengan insiden siber dan prosedur peningkatan. Senario yang dibentangkan disesuaikan untuk mencermin landskap ancaman siber yang sentiasa berkembang bagi memastikan peserta terlibat dalam acara yang interaktif dan memberi pengajaran.
  LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 103
 






















































































   103   104   105   106   107