Page 11 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 11

 MEMAJUKAN AGENDA PASARAN MODAL
SC tetap komited terhadap Rangka Kerja Ekonomi MADAN/ Malaysia (Rangka Kerja MADANI) dan Pelan lnduk Pasaran Modal 3 (CMP3) untuk memacu pasaran modal Malaysia dalam persekitaran global yang mencabar. Tumpuan kami untuk membina sebuah ekosistem yang teguh, inklusif dan mampan dicerminkan dalam pengenalan beberapa pembaharuan yang dirangka untuk meningkatkan kecekapan, daya saing dan kebolehcapaian pasaran modal, sekali gus memastikan kekukuhan yang berterusan.
Dalam landskap pasaran yang sentiasa berkembang, kerjasama pihak berkepentingan adalah penting. Kami menganjurkan sesi libat urus dan berunding dengan semua pihak berkepentingan utama dalam merangka dasar yang relevan untuk mencerminkan keperluan yang sentiasa berubah-ubah. SC juga sedang melakukan pembaharuan besar kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA). lni adalah untuk memastikan bahawa SC kekal bersedia pada masa hadapan dalam melaksanakan peranan pembangunan dan kawal selianya.
Di samping itu, kami terus mengembangkan penglibatan kami di peringkat antarabangsa. Sebagai ahli lembaga Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) dan bakal pengerusi Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) pada 2025, kami bukan sahaja mengukuhkan rangka kerja kawal selia kami, malah kami juga mempamerkan komitmen kami terhadap amalan terbaik global dan menerajui rantau ini dalam pembangunan pasaran modal.
Kecekapan dan Daya Saing
Kami sedar bahawa masa ke pasaran (time-to-market) yang lebih pantas adalah penting bagi perniagaan atau produk untuk berjaya menetapkan tempoh yang sesuai bagi kemasukan ke pasaran. lni akan meningkatkan kedinamikan pasaran, mengurangkan risiko peluang terlepas serta meningkatkan keberkesanan kos untuk perniagaan.
SC telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menyokong matlamat ini. la termasuk Penilaian Skop Berfokus (FSA) untuk Pengantara Pasaran Modal (CMI) dan Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) baharu dan layak. FSA mengurangkan masa pemprosesan pelesenan dan pendaftaran kepada tiga bulan daripada enam bulan untuk aktiviti yang dikenal pasti sambil meningkatkan kualiti penyerahan.
Bagi syarikat yang akan disenaraikan di Pasaran Utama, SC telah mempertingkatkan proses untuk mengurangkan masa pusing balik (turnaround time) kepada tiga bulan. Usaha untuk memperkemas pendekatan fungsi pengawalan kami telah dilaksanakan sejajar dengan peningkatan kematangan dan landskap kawal selia pasaran modal.
SC juga memberi tumpuan kepada persempadanan yang lebih jelas bagi segmen pasaran utama sebagai sebahagian daripada semakan pasaran awam SC yang berterusan. Proses pemindahan dipercepatkan yang baharu daripada pasaran ACE ke Pasaran Utama bagi syarikat Pasaran ACE yang layak merupakan salah satu inisiatif yang sedemikian. la juga akan membantu mengurangkan pergeseran pasaran.
Selaras dengan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, serta meningkatkan penyertaan pelabur, SC telah melaksanakan Garis Panduan bagi Kategori Pelabur Sofistikated. Kategori 'Pengetahuan dan Pengalaman' baharu akan memberi manfaat kepada individu yang tidak memenuhi ujian kewangan tetapi mampu menunjukkan sofistikasi pengetahuan kewangan untuk mengambil bahagian dalam tawaran pasaran yang berkaitan.
SC juga ingin meluaskan akses dan kemampuan dalam pasaran saham domestik melalui inisiatif seperti Skim Pengecualian Asing (FES) dan pengenalan perdagangan pecahan, yang membolehkan pelabur membeli bahagian atau kepingan saham, berdasarkan keupayaan kewangan mereka terutamanya di kalangan pelabur muda.
Namun begitu, SC bukan sahaja berusaha menyediakan ruang pelaburan yang lebih luas kepada para pelabur. SC juga sedang membimbing lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi membolehkan mereka mengakses pembiayaan pasaran modal. Bagi tujuan ini, kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan SME Corp. Malaysia pada 2023. Kerjasama tersebut akan membantu memupuk PMKS ke arah tujuan penyenaraian, termasuk meningkatkan kemampanan dan tadbir urus korporat mereka, sekali gus mewujudkan saluran yang teguh untuk memperkukuh dan memperkasa pasaran saham.
Meningkatkan Kemampanan
SC kekal serius dalam memajukan pasaran modal Malaysia dan menyokong peralihannya ke arah ekonomi rendah karbon. Berikutan pengenalan Taksonomi SRI Berasaskan Prinsip untuk Pasaran Modal Malaysia pada Disember 2022, kami sedang mengusahakan
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAâ—„ 9
PERUTUSAN PENGERUSI



















































































   9   10   11   12   13