Page 140 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 140

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Pesanan Khidmat Masyarakat di Semua Saluran Televisyen, Stesen Radio, dan Pengangkutan Awam
SC meneruskan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital4 untuk menggalakkan literasi pelaburan dan mesej anti-penipuan di seluruh negara melalui pesanan khidmat masyarakat (PSA) di semua saluran televisyen, stesen radio, dan pengangkutan awam yang dioperasikan oleh Prasarana. Kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital membolehkan SC menyampaikan mesejnya kepada jutaan rakyat Malaysia tanpa kos. PSA ini merangkumi perkara-perkara berikut:
• Lagu tema ‘Silap Labur Duit Lebur’ yang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang disiarkan di semua stesen TV tempatan, stesen radio, dan pengangkutan awam dari 9 Januari 2023 hingga 10 April 2023. Lagu tema ini mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati- hati semasa membuat keputusan pelaburan;
• Pengumuman lintas berita dan pengumuman radio di semua stesen TV tempatan dan stesen radio masing-masing dilangsungkan dari 26 Jun hingga 22 September 2023, untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap platform penyelesaian pertikaian pasaran modal SIDREC;
• Pengumuman lintas berita di semua stesen TV tempatan, masing-masing, dari 1 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024 untuk mengingatkan orang awam Malaysia agar tidak mendeposit wang ke dalam akaun bank peribadi orang lain semasa melabur; dan
• Pengumuman radio di semua stesen radio tempatan dari 15 Disember 2023 hingga 15 Februari 2024 untuk meningkatkan kesedaran orang awam Malaysia mengenai petunjuk asas penipuan pelaburan.
 138
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
4
Kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi.
 























































































   138   139   140   141   142