Page 183 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 183

                                  BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 NOTA BAGI PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
1. MAKLUMAT AM
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCMA) untuk pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi menyelia dan mengawasi kegiatan institusi pasaran termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia setiap individu yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Alamat SC adalah seperti yang berikut:
3, Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Kiara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Penyata kewangan ini diluluskan untuk dikeluarkan oleh Ahli Lembaga pada 30 Januari 2024.
2. ASAS PENYEDIAAN
(a) Penyata pematuhan
Penyata kewangan SC telah disediakan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).
(i) Pindaan ke atas piawaian yang diterbitkan yang telah dikuatkuasakan
SC telah mengguna pakai pindaan ke atas piawaian yang diterbitkan yang dinyatakan di bawah buat kali pertama bagi tahun kewangan bermula pada 1 Januari 2023:
– MFRS 17 ‘Kontrak Insurans’ dan pindaannya
– Pindaan kepada MFRS 112 ‘Cukai Tertunda’ yang berkaitan dengan Aset dan Liabiliti yang
timbul daripada satu transaksi
– Pindaan kepada MFRS 101 ‘Pembentangan Penyata Kewangan’ Dan Penyata Amalan 2,
‘Pendedahan Dasar Perakaunan’
– Pindaan kepada MFRS 112 ‘Pembaharuan Cukai Antarabangsa - Peraturan Model Tiang
Dua’
– Pindaan kepada MFRS 108 ‘Definisi Anggaran Perakaunan’
(ii) Pindaan ke atas piawaian yang diterbitkan yang telah dikeluarkan tetapi masih belum dikuatkuasakan.
Pindaan baharu ke atas piawaian yang diterbitkan dan penambahbaikan tahunan yang berkuat kuasa bagi tahun kewangan bermula selepas 1 Januari 2024 dinyatakan di bawah:
– Pindaan ke atas MFRS 16 ‘Liabiliti Pajakan dalam Urus Niaga Jualan dan Pajak Semula’ (tarikh kuat kuasa 1 Januari 2024)
– Terdapat dua pindaan ke atas MFRS 101 ‘Pembentangan Penyata Kewangan’
• Pindaan pertama, ‘Pengelasan liabiliti sebagai liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa’
• Pindaan kedua, ‘Liabiliti Bukan Semasa dengan Kovenan’
– Pindaan ke atas MFRS 107 dan MFRS 7 ‘Urusan kewangan pembekal’ (tarikh kuat kuasa 1 Januari 2024)
– Pindaan ke atas MFRS 121 ‘Kekurangan pertukaran’ (tarikh kuat kuasa 1 Januari 2025)
Pindaan-pindaan untuk piawaian yang disiarkan dan penambahbaikan tahunan akan diadaptasi pada tarikh kuat-kuasa masing-masing. SC sudah memulakan pentaksiran awal atas kesan pindaan-pindaan di atas untuk piawaian yang disiarkan dan penambahbaikan tahunan dan kesan-kesannya masih dalam taksiran.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 181
 


































































   181   182   183   184   185