Page 19 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 19

                                 SOROTAN UTAMA USAHA SC PADA 2023
KANDUNGAN
              Memperkukuh ekosistem pelaburan dan pembiayaan
• Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama SME Corp untuk meningkatkan akses perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada pasaran modal, dengan sasaran untuk membangunkan sebanyak 200 PMKS yang sedia pasaran modal menjelang 2026
• Memperkenalkan proses pemindahan dipercepatkan untuk memudahcara promosi syarikat tersenarai Pasaran ACE yang layak ke Pasaran Utama untuk meningkatkan daya tarikan pasaran ekuiti secara menyeluruh
• investED dilancarkan untuk menarik graduan baharu Malaysia dan memupuk bakat industri tempatan
Menangani ekonomi pihak berkepentingan
• Menerbitkan Sustainable and Responsible Investment Guide for Private Markets (SRI Guide for Private Markets) untuk menerapkan kemampanan dalam proses pelaburan pasaran swasta
• Menubuhkan Jawatankuasa Penasihat antara agensi mengenai Pelaporan Kelestarian (ACSR) untuk membangunkan Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan
• Menerbitkan Panduan Penzahiran ESG Ringkas (SEDG) untuk PKS dalam Rantaian Bekalan bagi membimbing perushaan kecil dan sederhana (PKS) dalam membuat penzahiran yang diperlukan untuk eksport
Mengutamakan perlindungan pelabur
• Inisiatif pendidikan pelabur yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran pihak awam tentang pasaran modal melalui anjuran InvestSmart® Fest ke-10 pada 2023 dan Bersama InvestSmart® @ Penang 2023
• Menubuhkan Pasukan Petugas mengenai Penipuan dan Aktiviti Tidak Berlesen untuk menyelaraskan pendekatan terhadap anti-penipuan SC yang melibatkan inisiatif seperti:
• Mempertingkatkan laman web Senarai Peringatan Pelabur SC
• Membangunkan peranti Semak Sebelum Labur dan Meter Penipuan dalam laman web SC
Memperkasa pelabur dengan memperluas akses kepada pasaran modal
• Memperkenalkan dagangan saham pecahan untuk meningkatkan kebolehcapaian kepada pasaran saham
• Memperkenalkan Rangka Kerja Skim Pengecualian Asing untuk meluaskan akses kepada dana asing dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelabur sofistikated
• Menyediakan fleksibiliti untuk penyenaraian sekunder ETF asing di Bursa Malaysia untuk meningkatkan penyertaan dalam pasaran ETF domestik
• Saluran nasihat diperluaskan untuk menyediakan fleksibiliti yang lebih untuk wakil peniaga
Memperkukuh kepimpinan pasaran ICM
• Menerbitkan Maqasid Al-Shariah Guidance Islamic Capital Market Malaysia (Panduan) untuk mengukuhkan daya saing ICM dan meningkatkan impak sosial dan ekonominya
• Memperkenalkan FIKRA ACE, pemecut fintech Islam yang dipertingkatkan untuk mengembangkan sektor fintech Islam dan memupuk kumpulan bakatnya
• Memperkenalkan Program Mentorship Syariah untuk mewujudkan saluran bakat penasihat Syariah yang berterusan untuk memenuhi keperluan khusus industri ICM
Meningkatkan teknologi dan daya tahan siber
• Menerbitkan Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi untuk menyediakan rangka kerja kawal selia yang komprehensif bagi menguruskan risiko teknologi dalam entiti pasaran modal
• Menjalankan penilaian penyeliaan ke atas peserta pasaran modal terpilih mengenai daya tahan pengurusan risiko siber dan teknologi mereka
• Diberikan kelulusan dalam prinsip (AIP) kepada tiga Penjaga Aset Digital (DAC) tempatan untuk mengukuhkan perlindungan aset digital
                 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   17






































































   17   18   19   20   21