Page 214 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 214

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 LAPORAN JURUAUDIT BEBAS
KEPADA AHLI-AHLI LEMBAGA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
LAPORAN MENGENAI AUDIT PENYATA KEWANGAN
Pendapat kami
Pada pendapat kami, penyata kewangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan SC pada 31 Disember 2023, serta prestasi kewangan dan aliran tunai mereka bagi tahun kewangan yang berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa.
Apa yang kami telah audit
Kami telah mengaudit penyata kewangan SC, yang merangkumi penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2023, dan penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan dalam rizab dan penyata aliran tunai bagi tahun kewangan yang berakhir pada tarikh tersebut dan nota kepada penyata kewangan, termasuk maklumat dasar-dasar perakaunan yang material dan maklumat penjelasan lain, seperti yang dinyatakan pada halaman 176 hingga 209.
Asas kepada pendapat
Kami telah melaksanakan audit kami selaras dengan piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian tersebut dihuraikan selanjutnya di perenggan “Tanggungjawab juruaudit terhadap pengauditan penyata kewangan” di dalam laporan kami.
Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh adalah mencukupi dan bersesuaian untuk dijadikan asas kepada pendapat kami.
Kebebasan dan tanggungjawab etika lain
Kami adalah bebas daripada SC selaras dengan Undang-Undang Kecil (mengenai Etika Profesional, Tingkah Laku dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia (Undang-Undang Kecil) dan Kod Etika Antarabangsa untuk Akauntan Profesional (termasuk Piawaian Bebas Antarabangsa) oleh Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Akauntan (Kod IESBA), dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika kami yang lain, selaras dengan Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.
Tanggungjawab ahli-ahli Lembaga terhadap penyata kewangan
Ahli-ahli Lembaga bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan SC yang memberi gambaran benar dan saksama selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa. Ahli-ahli Lembaga juga bertanggungjawab terhadap penetapan kawalan dalaman yang ahli-ahli Lembaga tentukan sebagai perlu bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan SC yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.
Dalam penyediaan penyata kewangan SC, ahli-ahli Lembaga bertanggungjawab untuk menilai keupayaan SC untuk terns beroperasi sebagai satu usaha berterusan, mendedahkan, yang mana berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas perakaunan usaha berterusan, melainkan jika ahli-ahli Lembaga sama ada berhasrat untuk membubarkan SC atau untuk menghentikan operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik melainkan untuk berbuat demikian.
Tanggungjawab juruaudit terhadap pengauditan penyata kewangan
Objektif kami adalah untuk memperoleh jaminan yang munasabah sama ada penyata kewangan SC secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah satu tahap jaminan yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap ketara jika, secara individu
212   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
















































































   212   213   214   215   216