Page 218 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 218

                                BAHAGIAN 6 STATISTIK PASARAN
 CADANGAN KORPORAT EKUITI
Pada 2023, SC meluluskan 18 permohonan ekuiti, 7 daripadanya adalah untuk IPO1 di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM9.04 bilion. Anggaran amaun dikumpul daripada IPO-IPO ini adalah sebanyak RM2.81 bilion (Jadual 1). Baki permohonan yang diluluskan termasuk 11 pemindahan penyenaraian daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.
Terdapat 32 penyenaraian baharu pada 2023, 7 daripadanya di Pasaran Utama, 24 di Pasaran ACE dan 1 baki lagi di Pasaran LEAP dengan permodalan pasaran berjumlah RM13.63 bilion. Jumlah dana yang dikumpulkan daripada penyenaraian baharu dianggarkan sebanyak RM3.58 bilion.
JADUAL 1
Permohonan ekuiti yang diluluskan mengikut jenis cadangan
BON KORPORAT DAN SUKUK
Pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia melaporkan jumlah penerbitan sebanyak RM118.33 bilion pada 2023, mewakili pengurangan sebanyak 22.82% daripada RM153.32 bilion yang diterbitkan pada 2022.
Terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit masih merupakan majoriti cadangan yang diluluskan oleh/diserahkan kepada SC dengan jumlah nilai nominal sebanyak RM171.48 bilion, yang mana sukuk mewakili 57.30% or RM98.26 bilion (Jadual 2).
    Jenis cadangan
 2023
 2022
   Bilangan cadangan yang diluluskan
 Anggaran amaun dikumpul (RM juta)
  Bilangan cadangan yang diluluskan
  Anggaran amaun dikumpul (RM juta)
 IPO di Pasaran Utama: – Syarikat tempatan
    7
  2,808.29
   6
    3,075.57
 Penyusunan semula/Penggabungan dan pemerolehan
  -
-
 2
  -
 Pemindahan dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama
   11
 -
  8
   -
 JUMLAH
   18
 2,808.29
  16
   3,075.57
   216
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
1
Termasuk kelulusan satu amanah perniagaan bagi penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
 


























































   216   217   218   219   220