Page 22 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 22

                                BAHAGIAN 1 TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL
 BAHAGIAN 1
TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL
RANGKUMAN
Landskap ekonomi global terus mengalami cabaran yang getir pada tahun 2023, susulan perbezaan jangkaan yang berterusan dalam pertumbuhan global dan dasar monetari, ditambah pula dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan menyumbang kepada volatiliti menyeluruh dalam pasaran kewangan global. Di peringkat domestik, ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana namun kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh. Berlatarbelakangkan cabaran global yang semakin meningkat, pasaran modal Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi dengan berkesan dalam membiayai aktiviti ekonomi dan pengantaraan simpanan. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka kekal pada laluan pertumbuhan yang stabil pada 2024, didorong oleh perbelanjaan sektor swasta yang berterusan. Sementara itu, pasaran modal domestik dijangka kekal stabil, adil dan teratur didukung oleh asas ekonomi yang kukuh, kecairan domestik yang mencukupi dan persekitaran dasar yang menyokong.
  20
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
PERKEMBANGAN GLOBAL PADA 2023
Ekonomi global terus mengalami cabaran yang getir dan perbezaan makroekonomi. Walaupun kekal berdaya tahan, momentum pertumbuhan ekonomi global telah menyederhana dan tidak sekata di seluruh dunia dan rantau di sebalik keadaan monetari global yang lebih ketat, tekanan inflasi asas yang berterusan, serta ketidaktentuan geopolitik dan pemecahan geoekonomi yang semakin meningkat. Walaupun trend inflasi telah mereda, tekanan harga teras kekal tinggi, mendorong bank-bank pusat utama mengesahkan komitmen mereka untuk membendung inflasi sehingga ia berada dalam julat sasaran.
Walaupun dalam momentum yang menyederhana, pertumbuhan global melepasi jangkaan awal apabila keyakinan timbul daripada perkembangan seperti ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan, krisis tenaga yang semakin reda di Eropah, dan pembukaan semula ekonomi China pasca wabak.
Walaupun terdapat penguncupan berterusan dalam aktiviti pembuatan – mencerminkan keadaan permintaan global yang lebih lemah – aktiviti perkhidmatan kekal berdaya tahan, di samping pasaran buruh yang kini paling ketat dalam sejarah. Tindakan dasar yang pantas oleh pihak berkuasa AS dan Eropah juga membantu memulihkan keyakinan pasaran selepas krisis perbankan pada awal tahun, disebabkan kesan keadaan pembiayaan yang lebih ketat.
Sementara itu, pertumbuhan ekonomi China menunjukkan tanda-tanda pemulihan awal setelah keluar dari dasar- dasar sifar COVID, tetapi momentum telah merosot, dijejaskan oleh tekanan berterusan dalam pasaran hartanah, risiko hutang korporat yang semakin meningkat dan keyakinan yang melemah, yang terus membebani aktiviti ekonomi global. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (World Economic Outlook) pada Oktober 2023 meramalkan pertumbuhan global memperlahan kepada 3% pada 2023 daripada 3.5% pada 2022, dengan
 






















































































   20   21   22   23   24