Page 230 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 230

                                BAHAGIAN 6 STATISTIK PASARAN
  SUKUK
Dalam pasaran sukuk, terbitan sukuk korporat mewakili 77.25% (2022: 81.66%) daripada jumlah terbitan bon korporat dan sukuk manakala sukuk korporat belum tebus menyumbang 83.96% (2022: 82.82%) daripada jumlah bon korporat dan sukuk belum tebus (Jadual 3).
Jumlah terbitan sukuk pada 2023 mewakili 60.84% (2022: 68.23%) daripada jumlah terbitan bon dan sukuk manakala jumlah sukuk belum tebus mewakili 63.20%
(2022: 63.27%) daripada jumlah bon dan sukuk belum tebus (Carta 3 dan Jadual 4).
Sejumlah 15 penerbit menerbitkan sukuk SRI pada 2023, menjadikan jumlah penerbit sukuk SRI kepada 34 sejak 2015. Terbitan sukuk SRI korporat pada 2023 berjumlah RM8.68 bilion, iaitu 9.50% daripada jumlah terbitan sukuk korporat manakala sukuk korporat SRI belum tebus meningkat kepada RM26.32 bilion pada Disember 2023 (2022: RM17.93 billion), yang mewakili 3.75% daripada jumlah sukuk korporat belum tebus.
CARTA 3
Sukuk pada Disember 2023
  Terbitan sukuk, RM333.13 bilion (60.84%)
Terbitan Sukuk
Jumlah terbitan bon dan sukuk: RM547.53 bilion
Sukuk belum tebus, RM1,271.24
bilion (63.20%)
Sukuk belum tebus
Jumlah bon dan sukuk belum tebus: RM2,011.33 bilion
        228
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Terbitan bon, RM214.40 bilion (39.16%)
Bon belum tebus, RM740.09 bilion (36.80%)
 















































































   228   229   230   231   232