Page 37 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 37

                                1
BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 Pada 2023, terdapat tiga pemegang CMSL yang telah menyerahkan lesen mereka kerana mereka tidak lagi menjalankan perniagaan dalam aktiviti terkawal yang telah dilesenkan. Disamping itu, sebanyak 961 pemegang CMSRL telah menyerahkan lesen masing-masing dan satu pemegang CMSRL telah dikenakan pengantungan menurut seksyen 72(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) pada 2022 dan telah berakhir pada 21 Jun 2023 (Jadual 15).
JADUAL 15
Pelesenan atau pendaftaran dihentikan, dibatalkan dan digantung
Pemegang CMSL
  2023
2022
 Dihentikan, dibatalkan atau digantung
   3
 3
 Pemegang CMSRL
 Dihentikan, dibatalkan atau digantung
   962
  1,068
 Permohonan bagi pendaftaran1
        Dihentikan, dibatalkan atau digantung
   8
  6
   Nota:
Tidak termasuk RMO.
Pada 2023, SC mendaftarkan sebanyak sembilan RMO yang terdiri daripada empat pengendali platform e-perkhidmatan (ESP), dua pengendali platform ECF serta satu pengendali platform pembiayaan P2P, satu pertukaran aset digital (DAX) dan satu RMO am.
Pembukaan semula permohonan diumumkan pada 31 Oktober 2022 sebagai sebahagian daripada beberapa inisiatif yang bertumpukan digital untuk memacu pertumbuhan selanjutnya dalam pasaran modal. Hal ini mengakibatkan perluasan dalam keluasan pilihan tersedia untuk pelabur dan penerbit dalam segmen ini dengan bilangan RMO berdaftar meningkat daripada 33 pada 2022 kepada 42 pada 2023.
JADUAL 16
Status pengendali pasaran diiktiraf (RMO)
 Bilangan permohonan
  2023
 Dipertimbangkan sepanjang tahun
   15
 Didaftarkan
   9
 Dikembalikan
    3
 Ditarik balik
  3
 Untuk dipertimbangkan
 20*
 Dibawa dari tahun sebelumnya
   3
 Diterima sepanjang tahun
    17
   Nota:
* Termasuk permohonan didaftarkan oleh dua entiti yang memohon
untuk didaftarkan untuk dua aktiviti berbeza.
PEMANTAUAN
SC menjalankan pemantauan proaktif merentasi pelbagai segmen pasaran di bawah bidang kuasanya untuk mengesan potensi salah laku dan mengenal pasti kelemahan yang membolehkan risiko baru muncul dicegah melalui libat urus dan intervensi awal.
Mengesan dan Menghalang Pelanggaran Korporat
SC memainkan peranan penting dalam memantau tatalaku syarikat awam tersenarai (PLC) melalui usaha pemantauannya untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan sekuriti, dengan tujuan untuk menjaga kepentingan pelabur dan mengekalkan integriti pasaran modal. Program pemantauan SC terdiri daripada pelbagai aktiviti, termasuk meneliti urus niaga korporat, penzahiran serta penyata kewangan PLC untuk mengesan penyelewengan atau potensi salah laku.
Pengumpulan dana PLC melalui penerbitan saham dan penzahiran mengenai urus niaga korporat kekal menjadi keutamaan pasukan pemantauan SC pada 2023. Semakan pemantauan telah dilaksanakan bagi 118 PLC berdasarkan, antara lain, pengumuman oleh PLC, berita dalam media arus perdana dan bukan arus perdana serta aduan yang diterima untuk mengesan potensi pelanggaran undang-undang sekuriti atau ketidakpatuhan piawaian pelaporan kewangan. Sebagai sebahagian dari tinjauan, SC juga mengadakan libat urus dengan pengarah, pegawai, juruaudit dan
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 35
 
















































   35   36   37   38   39