Menggalakkan Perniagaan Bertanggungjawab dan Akauntabiliti Bersama

SC terus menggalakkan perantara dan perniagaan untuk mengamalkan pendekatan tertumpu pihak berkepentingan yang lebih meluas dalam strategi perniagaan dan pengurusan risiko mereka. Ini adalah elemen penting bagi firma untuk mengurangkan kemungkinan dan kesan salah laku. Untuk mengukuhkan budaya yang baik, SC melaksanakan dan menyokong pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada meningkatkan pemahaman tentang kepentingan tadbir urus. Dialog secara kerap dan terbuka dengan pihak berkepentingan utama turut diadakan, termasuk dengan agensi kerajaan, perniagaan, firma yang dikawal selia oleh SC dan juga universiti.

Tadbir Urus Korporat – Memastikan Kepelbagaian Lembaga dan Kecergasan ESG

Pada 2022, SC meneruskan usaha untuk menggalakkan penggunaan amalan tadbir urus korporat yang baik dalam pasaran modal dan menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengukuhkan tadbir urus dalaman dan pengawasan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pelabur institusi amnya. Sorotan usaha SC adalah seperti berikut:
  • SC menyokong inisiatif tadbir urus PERKUKUH

    • Pelancaran Prinsip Tadbir Urus yang Baik untuk GLICs5

    Prinsip Tadbir Urus yang Baik untuk GLICs (PGG) telah dilancarkan pada 15 April 2022 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. PGG adalah penghasilan pertama di bawah inisiatif PERKUKUH Kerajaan. Ia menetapkan garis dasar amalan terbaik tadbir urus yang dijangka akan diterima pakai oleh GLIC. Dipimpin oleh Kementerian Kewangan (MOF), SC menyokong pembangunan PGG sebagai pakar bidang, memanfaatkan pengalaman SC dalam membangunkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) dan menyokong serta memantau penggunaannya oleh syarikat tersenarai.

    • Pelancaran Kod untuk Pelabur Institusi Malaysia 20226

    Malaysian Code for Insitutional Investors 2022 (Kod Pelabur Institusi Malaysia 2022) (MCII 2022)7 yang dilancarkan pada 23 September 2022 oleh Menteri Kewangan di Persidangan Tadbir Urus Korporat Majlis Pelabur Institusi Malaysia – Securities Industry Development Corporation (IIC-SIDC) 2022 di SC menggariskan prinsip yang luas dan panduan kelolaan yang berkesan oleh pelabur institusi ke atas syarikat penerima pelaburan mereka. Pelancaran MCII 2022 juga merupakan salah satu penghasilan di bawah PERKUKUH. Ia adalah kemas kini kepada edisi pertama MCII yang dikeluarkan pada 2014.

    Sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja PERKUKUH 12 SC bekerjasama rapat dengan IIC dan MOF untuk menyokong semakan dan penambahbaikan kepada MCII 2022.
  • Penyertaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Ke-43

    SC mewakili Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat (CGC) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ke-43 yang berlangsung dari 7 hingga 8 Jun 2022 di Ibu Pejabat OECD di Paris. CGC menyemak draf semakan pertama Prinsip Tadbir Urus Korporat (Prinsip) G20/OECD, dan SC melakukan beberapa intervensi ke atas semakan tersebut, termasuk mengenai cadangan perubahan yang berkaitan dengan pengawasan risiko dan peluang kemampanan, penggunaan teknologi untuk menjalankan mesyuarat agung dan peranan kod kelolaan dalam menyokong aktivisme pemegang saham. SC juga mengemukakan komen bertulis untuk pertimbangan OECD.
  • Kerjasama dengan universiti dalam tadbir urus korporat8

    Pada 2022, SC memeterai MoU dengan Monash University Malaysia (Monash), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai kesinambungan usaha untuk menggalakkan pemahaman awal dan penghayatan tadbir urus yang baik dalam kalangan belia dan menyokong pembangunan mereka sebagai pemimpin masa depan dan agen perubahan positif. Majlis menandatangani perjanjian turut diadakan antara SC, Monash dan UM pada 18 Ogos 2022 di SC.

    MoU tersebut menyatakan secara formal kerjasama dalam bentuk antara lain, syarahan jemputan oleh SC dan kerjasama penyelidikan mengenai isu tadbir urus korporat semasa. Syarahan jemputan mengenai ‘Peranan Pelaporan Kewangan dalam Landskap Tadbir Urus Korporat’ telah dijalankan pada 11 Mei 2022, dan dihadiri oleh lebih daripada 50 pelajar dan pensyarah dari Monash.

  • Penambahbaikan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan bagi penerbit tersenarai9

    Mengambil kira keperluan untuk: 
    • meningkatkan kualiti dan kebolehbandingan penzahiran kemampanan oleh penerbit tersenarai dan memastikan penzahiran tersebut menangani keperluan maklumat pihak berkepentingan yang berkaitan;
    • menyelaraskan keperluan penzahiran dengan amalan terbaik antarabangsa; dan 
    • menggalakkan penggunaan amalan perniagaan yang mampan oleh penerbit tersenarai. libat urus yang dijalankan Bersama Bursa Malaysia, memuncak dengan penubuhan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan (Sustainability Reporting Framework atau SRF) yang dipertingkatkan pada 26 September 2022.

    Di bawah rangka kerja yang dipertingkatkan, penerbit tersenarai di Pasaran Utama dijangka menzahirkan maklumat mengenai– 
    • satu set hal kemampanan lazim dan penunjuk yang dianggap material merentas semua sektor; 
    • risiko dan peluang iklim yang sejajar dengan cadangan Pasukan Petugas mengenai Penzahiran Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD); 
    • data dan sasaran prestasi (jika ada) mengenai penunjuk untuk sekurang-kurangnya tiga tahun dalam format yang ditetapkan; dan 
    • sama ada Penyata Kemampanan syarikat telah tertakluk kepada semakan dalaman oleh juruaudit dalaman atau dijamin secara bebas.

    Bagi Pasaran ACE, penerbit tersenarai dikehendaki menzahirkan perkara di atas, dengan pengecualian maklumat mengenai risiko iklim dan peluang-peluang sejajar dengan cadangan TCFD, di mana penerbit tersenarai di Pasaran ACE dikehendaki menzahirkan pelan peralihan asas ke arah ekonomi rendah karbon.

    SRF yang dipertingkatkan memperkenalkan pendekatan berperingkat bagi pelaksanaan di mana penerbit tersenarai dalam Pasaran Utama dan Pasaran ACE diberi tempoh tangguh yang munasabah untuk mematuhi keperluan. Keperluan di bawah rangka kerja yang dipertingkatkan akan dilaksanakan mengikut pendekatan berperingkat bermula dengan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 2023 dan seterusnya.
  • Pembangunan Program Peneraju Berimpak10

    Pembangunan Program Peneraju Berimpak (LIP) adalah selaras dengan Keutamaan Strategik CG SC 2021-2023 yang bertujuan untuk mengukuhkan kecergasan ESG lembaga. Pada 6 April 2022, Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) telah dilantik oleh SC sebagai rakan kongsi pengetahuan untuk menjalankan LIP, selaras dengan mandat mereka untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan lembaga pengarah. LIP akan dibuka untuk pendaftaran pada suku pertama 2023.
  • Penubuhan Kumpulan Kerja Tadbir Urus perusahaan kecil dan sederhana11

    Kumpulan Kerja Tadbir Urus (Kumpulan Kerja) perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan awal amalan tadbir urus korporat oleh PMKS. Imperatif ini telah diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas serta Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC 2017-2020. Mesyuarat pertama telah diadakan secara maya pada 8 Mac 2022 dan dihadiri oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja yang terdiri daripada wakil-wakil daripada SC, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG). Kumpulan Kerja sedang membangunkan Kit Alat Tadbir Urus PKS untuk PKS yang akan mengukuhkan budaya, rangka kerja dan amalan tadbir urus mereka serta menyokong daya tahan dan kejayaan jangka panjang perniagaan.
  • Penerbitan Corporate Governance Monitor 2022(12)

    Pada 1 Disember 2022, SC mengeluarkan Corporate Governance Monitor 2022 (CG Monitor 2022) yang membentangkan kemas kini mengenai penerimaan pakai MCCG edisi 2017 dan 2021 serta kualiti penzahiran tadbir urus korporat. Tahap penggunaan merentas majoriti amalan terbaik kekal positif, dengan 30 daripada 48 amalan merekodkan tahap penerimaan sekurangkurangnya 90% (2021: 24 amalan). Dua semakan tematik turut dijalankan sebagai sebahagian daripada CG Monitor 2022, iaitu Penzahiran Kemampanan 50 Syarikat dalam Sektor yang Intensif Pelepasan, Buruh Asing dan Eksport (S50 Review)’ dan ‘Demografi Pengurusan Kanan Tertinggi 100 Syarikat Tersenarai Utama’.

Pelaporan Ketelusan Tahunan oleh Firma Audit

Pada 2022, berikutan pelaksanaan rangka kerja Pelaporan Ketelusan Tahunan AOB pada 202113, sembilan firma audit (2021: lapan firma audit) yang berdaftar dengan AOB memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghasilkan Laporan Ketelusan Tahunan (ATR) berdasarkan tahun akhir fiskal firma audit. Selain perkongsian ATR dengan Jawatankuasa Audit (AC) pelanggan entiti kepentingan awam (PIE) firma audit pada tahun pertama pelaksanaan, ATR masing-masing telah dimuat naik di laman web mereka.

Untuk memahami cara Jawatankuasa Audit menggunakan ATR dan mengenal pasti sebarang bidang untuk penambahbaikan, AOB menjalankan kajian dengan AC mengenai Pelaporan Ketelusan oleh Firma Audit antara April hingga Jun 2022. 94% daripada AC mendapati maklumat yang dizahirkan dalam laporan ketelusan adalah bermanfaat untuk memudahcara pemilihan dan/atau pelantikan semula juruaudit.

Perbincangan AOB dengan Jawatankuasa Audit

Salah satu inisiatif pembangunan kapasiti AOB adalah meneruskan libat urusan bersama AC PIE, memastikan mereka dikemas kini dengan perkembangan dalam profesion audit. Pada tahun 2022, AOB menganjurkan tiga sesi Dialog AOB dengan AC. Ia menyediakan platform untuk AOB berkongsi pemerhatian dan penemuannya daripada pemeriksaan ke atas firma audit dengan AC dan membimbing mereka mengenai tindakan relevan yang boleh diambil berikutan penemuan audit.

Majoriti AC menekankan bahawa maklumat firma dan penunjuk kualiti audit yang dizahirkan dalam Laporan Ketelusan Tahunan firma audit berguna dalam membantu mereka menilai kecekapan dan keupayaan juruaudit.

Cadangan Penggubalan Akta Kredit Pengguna Untuk Meningkatkan Perlindungan Kredit Pengguna

Selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mengukuhkan perlindungan pengguna kredit di Malaysia, Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Pasukan Petugas CCOB) telah ditubuhkan pada Julai 2021 untuk memacu penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA)14 baharu.

CCA berusaha untuk menyediakan rangka kerja yang komprehensif ke arah mengawal selia tatalaku entiti yang menjalankan perniagaan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit, dengan tumpuan segera ke atas mereka yang pada masa ini tidak tertakluk kepada pengawalseliaan terus oleh mana-mana pihak berkuasa. Ini termasuk pengawalseliaan bentuk kredit baharu seperti penyedia ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’.

CCA akan membuka jalan kepada penubuhan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) sebagai pihak berkuasa kompeten bebas untuk mengawasi penyedia kredit pengguna dan penyedia perkhidmatan kredit. CCA akan menerimakan pendekatan kawal selia diperbadankan yang dimodelkan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Cadangan transformasi seni bina kawal selia kredit pengguna akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan menyaksikan penubuhan pihak berkuasa kompeten bebas bagi perniagaan kredit pengguna, iaitu CCOB, yang akan mengawal selia entiti yang pada masa ini tidak dikawal selia seperti beli sekarang bayar kemudian, agensi pemungutan hutang dan pembeli pinjaman terjejas serta melengkapkan peranan pengawasan kementerian dan agensi sedia ada, selepas ini dirujuk sebagai RSA. Dalam hal ini, sebagai RSA bagi pasaran modal, SC akan terus mengawal selia pihak yang dikawal selianya mengikut undang-undang sekuriti sambil memastikan ia juga mematuhi peraturan dan piawaian baharu yang dikeluarkan di bawah CCA untuk menyediakan perlindungan yang konsisten kepada pengguna kredit.


  1. Corporate Governance Strategic Priorities 2021-2023 (CG Strategic Priorities 2021-2023).
  2. Ibid.
  3. MCII 2022 kini mempunyai tujuh prinsip dan panduan yang dipertingkatkan untuk pelabur institusi, dan ‘tumpuan kelolaan’ yang menyerlahkan apa yang diharapkan dari syarikat penerima pelaburan berhubung dengan tadbir urus korporat utama dan isu -isu kemampanan termasuk keputusan pengundian yang disyorkan yang berkaitan dengan isu-isu. Dari segi pelaporan, penandatangan MCII 2022 dijangka mengeluarkan Pernyataan Kelolaan tahunan yang memberikan maklumat dan perbincangan yang bermakna mengenai Prioriti Strategik CG 2021-2023.
  4. CG Strategic Priorities 2021-2023.
  5. Ibid.
  6. Ibid.
  7. Ibid.
  8. Ibid.
  9. Pelaporan Ketelusan Tahunan AOB yang mula diperkenalkan pada 2019 dan dilaksanakan pada 2021, memerlukan firma audit yang memenuhi keperluan tertentu untuk menerbitkan laporan yang mengandungi, antara lain, maklumat mengenai struktur perundangan dan tadbir urus firma, langkah yang diambil oleh firma untuk mendukung kualiti audit dan mengukur risiko, dan maklumat mengenai petunjuk kualiti audit firma tersebut.
  10. Pasukan Petugas CCOB diterajui oleh MOF, BNM dan SC serta bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Ooops!
Generic Popup