SARANA ialah skim pembiayaan yang ditawarkan oleh pengendali platform P2P yang berdaftar untuk memenuhi keperluan modal kerja bagi perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil yang terlibat dalam kontrak Kerajaan.
Siapa boleh memohon skim SARANA?
Skim ini disasarkan kepada PMKS serta kontraktor kecil yang terlibat dalam kontrak Kerajaan dalam bidang berikut:
Pembekalan
Perkhidmatan
Kerja
Financing options of SARANA
SARANA menawarkan dua jenis pembiayaan utama khusus bagi memenuhi keperluan PMKS dan kontraktor kecil:
Pembiayaan invois, yang menyokong aliran tunai selepas pelaksanaan kontrak; dan
Pembiayaan pelaksanaan kontrak (pra-kontrak), untuk memenuhi keperluan modal kerja awal kontraktor sebelum projek dilaksanakan.
Bagaimana cara memohon untuk SARANA?
Kelebihan SARANA
SARANA membolehkan PMKS dan kontraktor kecil yang terlibat dalam kontrak Kerajaan untuk mendapatkan manfaat melalui: