Malaysia & Hong Kong Tingkatkan Perkongsian Rentas Sempadan Pasaran Modal Islam
18 Jun 2014   |   Kuala Lumpur
Syarikat Tersenarai Awam (PLC) dari Malaysia terus tampil sebagai antara yang membuat pencapaian tertinggi dalam Penilaian dan Laporan Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN 2013-2014 (ASEAN Corporate Governance Scorecard Country Report and Assessments 2013-2014), yang dikeluarkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) hari ini.

Kerjasama serantau itu yang diterajui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan disokong oleh Bank Pembangunan Asia (ADB), telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi meningkatkan standard dan amalan tadbir urus korporat di kalangan PLC ASEAN dan syarikat tersenarai yang ditadbir dengan baik bagi menyerlahkan lagi mereka di peringkat antarabangsa.

Dalam laporan tersebut, sejumlah 529 PLC dari enam negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam telah dinilai. Daripada 529 syarikat yang dinilai, lebih 67% daripadanya mempunyai permodalan pasaran sebanyak $AS1 bilion masing-masing.

Skor purata bagi 100 PLC Malaysia yang tertinggi meningkat 15.09%, daripada 62.29 poin dalam tahun 2012 kepada 71.69 poin pada tahun 2013. Keseluruhannya, PLC Malaysia PLC menduduki tangga kedua, mengekori rapat di belakang Thailand dan mendapat skor lebih tinggi berbanding PLC dari Singapura.

“Kecemerlangan dana tadbir urus korporat merupakan komponen penting dan strategik dalam mempromosikan ASEAN sebagai sebuah kelas aset dan dalam pembangunan keseluruhan pasaran modal ASEAN. Inisiatif tadbir urus korporat ini yang melengkapkan inisiatif lain di bawah ACMF menggambarkan komitmen kukuh dan bersepadu negara-negara ASEAN bagi mencapai persepakatan sebagai sebuah Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang tahun 2015,” kata Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kad skor itu dicipta oleh sekumpulan pakar tadbir urus korporat dari enam negara yang mengambil bahagian, menggunakan Prinsip Tadbir Urus pertubuhan Kerjasama dan pembangunan Ekonomi (OECD) sebagai ukur rujuk utama. Prinsip-prinsip panduan itu meliputi perkara seperti Hak-hak Pemegang Saham, Layanan Saksama Kepada Pemegang Saham, Peranan Pemegang Kepentingan, Penzahiran dan Tanggungjawab Ahli Lembaga.

Laporan itu menyorot kekuatan dan penambahbaikan, yang memberikan pengawal selia, PLC dan pemegang kepentingan lain, data yang berguna bagi panduan pembaharuan tadbir urus korporat, strategi dan langkah-langkah di negara masing-masing.

Shigeko Hattori, Pengarah Pengurusan Awam, Bahagian Sektor Kewangan dan Dagangan Jabatan Asia Tenggara ADB berkata, “Laporan itu membantu pengawal selia dan pemegang kepentingan lain mengenal pasti trend CG merentasi negara-negara ASEAN, yang sekali gus menjadi alat untuk mengetengahkan amalan terbaik ASEAN kepada komuniti antarabangsa.”

Satu badan penarafan domestik (DRB) dari setiap negara yang mengambil bahagian dilantik bagi melaksanakan penilaian tadbir urus korporat berdasarkan maklumat yang boleh diperoleh dan diakses oleh orang ramai seperti laporan tahunan, laman sesawang korporat, notis dan pekeliling. Dalam memastikan penilaian yang bebas dan adil, keputusan DRB adalah tertakluk kepada semakan oleh badan penarafan dari negara lain sebelum ia dimuktamadkan.

Laporan itu boleh dimuat turun daripada laman sesawang ACMF di www.acmf.org, laman sesawang ADB www.adb.org dan laman sesawang SC www.sc.com.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Ooops!
Generic Popup