Page 97 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 97
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Pertumbuhan pasaran modal Malaysia bukan hanya dari segi saiz, seperti yang disaksikan melalui pembangunan
yang mantap dan komprehensif dari segi infrastruktur, institusi, kawal selia, dan produk sepanjang beberapa tahun.
Kemajuan ini digambarkan secara jelas dalam indeks pembangunan kewangan IMF bagi Malaysia, yang membolehkan
perbandingan konsisten sepanjang masa dan antara negara. Berdasarkan indeks IMF, perkembangan pasaran modal
2
dapat dinilai melalui tiga dimensi utama - keluasan, akses dan kecekapan .
Pengukuran IMF tersebut menunjukkan bahawa pembangunan keseluruhan sektor kewangan Malaysia telah bertambah
baik dengan ketara antara 1993 dan 2016, disokong oleh kemajuan dalam ketiga-tiga dimensi tersebut (Carta 13). Dari
segi perbandingan di peringkat antarabangsa, Malaysia telah mencapai prestasi keseluruhan yang membanggakan dan
mendahului negara-negara di pasaran pesat membangun yang lain dan dalam beberapa aspek pula, mendahului negara-
negara di pasaran maju (Carta 13).
Carta 13
1
Pembangunan pasaran modal malaysia telah menyumbang kepada peningkatan indeks
2
keseluruhan pembangunan kewangan (FD) negara
Prestasi malaysia bertambah baik dari 1993 Pada amnya, malaysia berprestasi lebih
hingga 2016, khususnya dari segi akses baik apabila ditanda aras dengan kumpulan
kepada pasaran modal terpilih (2016)
1.0 1.0
0.9 0.9 Tahap indeks CM
Malaysia, 2016
0.8 0.8
0.7 0.7
0.6 0.6
0.5 0.5
0.4 0.4
0.3 0.3
0.2 0.2
0.1 0.1
0.0 0.0
FD CM CM: CM: CM: Malaysia Pasaran Asia dan Pasaran pesat
Keluasan Akses Kecekapan maju Pasifik membangun
1993 2016 FD CM CM: Keluasan
CM: Akses CM: Kecekapan
Nota:
1 IMF menggunakan ‘Pasaran Kewangan’, yang merangkumi pasaran bon dan ekuiti, untuk melambangkan pasaran modal (CM). Bagi tujuan ketekalan,
pasaran kewangan dirujuk sebagai CM dalam rencana ini.
2 Indeks-indeks tersebut meringkaskan tahap pembangunan CM dari segi (a) keluasan (saiz dan kecairan pasaran), (b) akses (keupayaan individu untuk
mengakses perkhidmatan kewangan), dan (c) kecekapan (penawaran khidmat kewangan pada kos yang rendah dan pendapatan yang mampan, dan tahap
aktiviti pasaran modal), yang kesemuanya menyumbang kepada tahap keseluruhan FD sesebuah negara.
Sumber: Pangkalan data Indeks Pembangunan Kewangan IMF, 2017
2 Rethinking Financial Deepening: Stability and Growth in Emerging Markets, IMF Discussion Note, Mei 2015.
BAHAGIAN 4 »» TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL | 87
72-91 BM.indd 87 3/1/19 5:15 PM

