Page 110 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 110

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  SCxSC Grow
Selain itu, sebagai menyokong inisiatif SCxSC Grow, SC juga terlibat dengan hampir 150 pihak berkepentingan luar untuk lebih memahami cabaran pembiayaan semasa yang dihadapi oleh PMKS dalam sektor pertanian, serta membangunkan bidang pembiayaan alternatif untuk menutup jurang pembiayaan ini.
Dalam usaha ini, SC terlibat dalam perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Agrobank, dan MDEC, yang membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pembiayaan Pertanian Inovasi Malaysia (MIAF). SC juga kerap terlibat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pelbagai pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) untuk mendapatkan pandangan berharga tentang pilihan pembiayaan untuk PMKS dan meneroka cara SC boleh memudahcarakan akses kepada pembiayaan.
    108   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA






























































































   108   109   110   111   112