Page 112 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 112

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
 Meningkatkan Agenda Kemampanan dan Kewangan Sosial melalui ICM
 Persidangan Wakaf dan Pasaran Modal Islam
Pada 20 Julai 2023, Persidangan Wakaf dan Pasaran Modal Islam (Persidangan Wakaf), anjuran SC dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Universiti DRB-HICOM, dan disokong oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah diadakan di SC.
Bertemakan ‘Unleashing the Potential of Waqf through the Islamic Capital Market (Mengetengahkan Potensi Wakaf Melalui Pasaran Modal Islam), persidangan itu mengumpulkan pihak berkepentingan dalam ekosistem wakaf, terdiri daripada agensi kerajaan, penggubal dasar, Majlis Agama Islam Negeri (SIRC), Penasihat Syariah dan ahli akademik serta pengamal pasaran. Tumpuan adalah kepada pembaharuan asas untuk meningkatkan peranan kewangan sosial Islam dalam menangani cabaran masyarakat.
Persidangan Wakaf membolehkan perbincangan mendalam mengenai pelbagai bidang, seperti keperluan untuk model wakaf praktikal dan kepentingan teknologi dan inovasi dalam meningkatkan pengurusan wakaf dan menggalakkan ketelusan, kecekapan, serta penglibatan masyarakat. Penerimaan kemajuan ini boleh merevolusikan penggunaan sumber wakaf untuk kemajuan masyarakat, dengan penekanan yang kukuh terhadap pembinaan ekosistem dan usaha kerjasama.
   110 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 



























































































   110   111   112   113   114