Page 113 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 113

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Sidang Meja Bulat Pusat Pengajian Islam SC-Oxford ke-14
Sidang Meja Bulat Pusat Pengajian Islam SC-Oxford ke-14 (Sidang Meja Bulat SC-OCIS), bertemakan Investing Towards the Common Good: Impact, Stewardship and Ethical Considerations (Melabur Ke Arah Kebaikan Bersama: Kesan, Pentadbiran dan Pertimbangan Etika)’, telah diadakan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Ogos 2023. Tema ini selaras dengan objektif CMP3 SC untuk membolehkan penggemblengan modal yang lebih besar untuk perniagaan yang mencipta nilai bagi pihak berkepentingan ekonomi melalui SRI dan ICM.
Sidang Meja Bulat SC-OCIS merupakan kerjasama yang telah lama terjalin antara SC dan OCIS, yang telah dimulakan pada tahun 2012. Sejak penubuhannya, Sidang Meja Bulat SC-OCIS telah menjadi platform penting untuk merangsang perbincangan dan wacana mengenai kewangan Islam, menyediakan manfaat secara langsung dan tidak langsung dengan memudahcarakan agenda pembangunan dalam ICM.
Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Negeri Perak Darul Ridzuan dan Penaung Diraja Inisiatif Kewangan Islam Malaysia, Sidang Meja Bulat SC-OCIS menarik peserta antarabangsa dan tempatan.
Perbincangan tertumpu kepada pelaburan impak, kepentingan menilai impak inisiatif untuk mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan dan tadbir urus serta pertimbangan etika dalam kewangan Islam.
   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   111




























































































   111   112   113   114   115