Page 114 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 114

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Persidangan SC-Bank Dunia
Persidangan SC-Bank Dunia (Persidangan), bertemakan ‘Pelaburan Kesan Sosial dan Kewangan Islam: Memangkin Perubahan Positif melalui Inovasi Kewangan’, telah diadakan di SC pada 2 November 2023. Ini merupakan anjuran kali ke-4 Persidangan itu, yang bertujuan menyediakan platform untuk perkongsian pandangan dan pengetahuan mengenai tema topikal yang berkaitan dengan kewangan Islam dan ICM, serta cadangan untuk bergerak ke hadapan.
Persidangan itu mengumpulkan hampir 300 peserta daripada ekosistem pelaburan impak sosial, agensi kerajaan, modal teroka dan firma ekuiti swasta, bank Islam tempatan dan GLIC. Persidangan itu meneroka, antara lain, keadaan ekosistem kewangan sosial, penyertaan sektor swasta dalam bidang sosial, dan peranan pelaburan impak sosial dalam melengkapkan kewangan sektor awam. Perbincangan juga berkisar tentang potensi dana endowmen dalam menyokong projek yang bermanfaat dari segi sosial.
Acara itu turut menyaksikan pelancaran Maqasid Al-Shariah Guidance Islamic Capital Market Malaysia (Guidance) berasaskan prinsip, yang dilancarkan oleh bekas Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan. Panduan ini menyediakan prinsip panduan sejagat untuk meningkatkan kelebihan daya saing ICM dan mengukuhkan impak dan sumbangan ICM kepada masyarakat dan ekonomi yang lebih besar. Ini juga selaras dengan CMP3 SC, yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam ICM dan sebagai pusat serantau untuk SRI patuh Shariah.
   112   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA





























































































   112   113   114   115   116