Page 118 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 118

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Capaian Peringkat Negeri SC-BNM
Pada tahun 2023, SC dan BNM bersama-sama mengetuai beberapa siri libat urus dengan pihak berkepentingan yang berkaitan di negeri-negeri tertentu di Malaysia. Pada 27 dan 28 Februari 2023, SC dan BNM bertemu dengan kementerian yang berkaitan, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan utama lain di Kuching, Sarawak. Libat urus itu bertujuan mendapatkan pandangan tentang strategi Sarawak untuk kemampanan, serta menemui bidang kerjasama yang berpotensi. Selanjutnya, SC dan BNM menyertai lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang dan Kedah pada 22 dan 24 Julai 2023, untuk memahami kemajuan dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan termasuk PKS untuk menerima pakai amalan mampan dalam perniagaan masing-masing.
Sidang Meja Bulat CFO dan Banker CMM-UN Global Compact Network Malaysia dan Jawatankuasa Kecil 3 Brunei-JC3
Pada 7 Ogos 2023, satu meja bulat telah dianjurkan bersama CMM, UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMB) dan Jawatankuasa Kecil 3 JC3 dengan ahli perbankan dan CFO PLC untuk mendapatkan pemahaman tentang pelan tindakan kewangan mampan PLC, untuk membolehkan ahli perbankan dan CFO mengenal pasti secara kolektif peluang dalam memacu agenda kewangan mampan di Malaysia dan meneroka penggunaan produk kewangan mampan seperti sukuk berkaitan SRI dan pinjaman berkaitan kemampanan.
Libat Urus Teknikal dengan Penasihat Utama mengenai Bon Korporat dan Sukuk Berkaitan Kemampanan untuk Membina Kapasiti dan Kesedaran
Berikutan pelancaran Rangka Kerja Sukuk Berkaitan SRI pada Jun 2022 dan Piawaian Bon Berkaitan Kemampanan ASEAN pada Oktober 2022, SC menjalankan sesi penglibatan teknikal secara bersemuka (one-to-one) beberapa penasihat utama sepanjang 2023 untuk membina kapasiti dan kesedaran mengenai rangka kerja yang baru diperkenalkan. Mengambil kira peranan penting yang dimainkan oleh penasihat utama dalam memberikan bimbingan kepada pihak berkepentingan yang berkaitan dalam bidang bon korporat dan sukuk, sesi penglibatan tersebut bertujuan menyediakan platform untuk penasihat utama terlibat dalam perbincangan dengan SC mengenai perkara-perkara di atas. Seterusnya, sesi penglibatan juga berfungsi sebagai saluran untuk industri memberikan maklum balas tentang keperluan yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut.
  116   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA



























































































   116   117   118   119   120