Page 120 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 120

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
 118   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-28
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-28 (COP28) telah diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 30 November hingga 12 Disember 2023. SC, sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia, memberikan sokongan kepada MOF dalam rundingan COP dan berkongsi perspektif SC dalam mempercepatkan usaha untuk memudahcarakan kewangan mampan Islam melalui pelbagai penglibatan ceramah. Bersama CMM, SC juga menyokong acara sampingan di Pavilion Malaysia, yang merupakan platform utama dan berpusat yang mempromosikan tindakan penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim Malaysia, di samping inisiatif perniagaan di Malaysia.
Beberapa sesi panel telah diadakan di Pavilion Malaysia dengan penyertaan aktif SC termasuk perbincangan panel mengenai ‘Pelaburan ESG: Membina portfolio sejajar ESG di Malaysia’ di mana panel mengkaji peluang luar biasa untuk pelabur menyumbang kepada ekonomi hijau Malaysia melalui pelaburan ESG. SC juga mengambil bahagian dalam perbincangan panel mengenai ‘Memanfaatkan Kewangan Islam untuk Kemampanan’, yang membincangkan interaksi dinamik kewangan Islam dan integrasinya dengan mekanisme moden untuk mengurangkan risiko iklim masa depan.
Dalam perbincangan panel mengenai ‘Advancing a Just Energy Transition Towards a Net Zero Future (Memajukan Peralihan Tenaga yang Adil Ke Arah Masa Depan Sifar Bersih)’, SC menekankan peranan penting pasaran modal dalam membiayai peralihan tenaga Malaysia. Perbincangan itu menekankan kepentingan ‘pendekatan seluruh negara’ selaras dengan NETR Malaysia. Berikutan pengumuman Jawatankuasa Penasihat Program Kewangan Islam Global (GIFP) untuk Iklim, Alam dan Pembangunan yang baru dibentuk pada COP28, yang mana SC adalah salah seorang ahli Jawatankuasa Penasihat dana, SC mengambil bahagian dalam perbincangan panel mengenai ‘Mobilising Islamic Finance for Climate & Nature (Menggerakkan Kewangan Islam untuk Iklim & Alam Semula Jadi)’.
Sesi yang dianjurkan di Pavilion Emiriah Arab Bersatu (UAE) menekankan peranan penting Kewangan Islam dalam memangkin kewangan gabungan untuk Selatan Global bagi menangani cabaran dan merebut peluang untuk pelaburan mampan dalam inisiatif iklim dan alam semula jadi. Sesi itu juga menekankan penubuhan GIFP sebagai inisiatif utama untuk memacu agenda ini lebih jauh.
Begitu juga, GIFP turut ditekankan dalam satu lagi sesi panel yang disertai oleh SC di Pavilion Malaysia, bertajuk ‘Memajukan Penyesuaian Iklim dan Ketahanan Melalui Kewangan Mampan Islam di Rantau MENA dan Asia Pasifik’. Perbincangan tertumpu di sekitar GIFP dan ahli panel membincangkan tindakan strategi yang boleh diambil bagi pembiayaan iklim untuk memberikan pandangan praktikal untuk menangani cabaran yang berkembang di rantau ini.
  


























































































   118   119   120   121   122