Page 122 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 122

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
     PEMPROFILAN ANTARABANGSA
Dalam usaha kami untuk mengekalkan kehadiran yang kukuh di peringkat global, SC telah mewujudkan rangkaian antarabangsa yang luas bersama penggubal dasar asing, rakan sejawat kawal selia, organisasi pelbagai hala dan peserta pasaran melalui penyertaan dalam pelbagai forum antarabangsa.
Selain menyokong agenda perdagangan dan ekonomi Malaysia, pemupukan hubungan pelbagai hala yang teguh membolehkan kami menyelaraskan dengan rapi kawal selia domestik dan perkembangan pasaran dengan amalan dan piawaian terbaik antarabangsa, sekali gus meningkatkan kerelevanan dan daya saing pasaran modal Malaysia.
 Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti
Pada tahun 2023, SC terus memainkan peranan aktif dalam Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), penetap piawaian peraturan sekuriti antarabangsa yang keahliannya mengawal lebih daripada 95% pasaran modal dunia dalam kira-kira 130 bidang kuasa. Sebagai ahli Lembaga IOSCO, SC berada di barisan hadapan perbincangan pengawalseliaan global dan penggubalan dasar dan mampu memperoleh pandangan yang relevan tentang isu-isu pengawalseliaan yang timbul yang memberi kesan kepada pasaran modal global di samping menyumbang kepada kepimpinan pemikiran antarabangsa.
Kedudukan kepimpinan ini membolehkan SC juga membangkitkan isu-isu yang membimbangkan kepada pasaran modal Malaysia dan pasaran pesat membangun yang lain dan memastikan terdapat pertimbangan terhadap isu-isu ini dalam pembangunan cadangan dasar antarabangsa. Perbincangan di Lembaga IOSCO termasuk isu yang memberi kesan kepada perlindungan pelabur, integriti pasaran dan risiko sistemik seperti kewangan mampan, aset digital dan kewangan ternyahpusat (DeFI), kerjasama penguatkuasaan dan tingkah laku pasaran runcit.
Dalam IOSCO, SC merupakan anggota aktif pelbagai pasukan petugas dan jawatankuasa dasar seperti kewangan mampan, teknologi kewangan, pasaran sekunder, risiko baru muncul, pelabur runcit dan Jawatankuasa Penilaian2. Melalui kumpulan kerja ini, SC mengusahakan pelaksanaan dan pemantauan Prinsip dan Piawaian IOSCO merentasi keanggotaaannya, dan diberi suara dalam pelbagai isu pasaran seperti piawaian penzahiran berkaitan iklim, peraturan aset kripto dan gangguan pasaran.
Terutamanya, SC mengendalikan dua bengkel. Pada 10 Februari 2023, SC sebagai ahli Jawatankuasa IOSCO mengenai Risiko Baru Muncul (CER) telah terlibat dalam sesi meja bulat dengan pihak berkepentingan daripada industri ekuiti swasta, kredit swasta dan pengurusan aset untuk bertukar-tukar perspektif mengenai kewangan swasta. Selain itu, pada 15 November 2023, SC juga berkongsi pandangan tentang landskap aset digital di Malaysia dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa IOSCO mengenai Pelabur Runcit, ketika Jawatankuasa itu memfokuskan usahanya terhadap aset kripto dan perlindungan pelabur runcit.
   120
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
2
Jawatankuasa Penilaian IOSCO bertanggungjawab untuk pelaksanaan dan pemantauan Prinsip dan Piawaian IOSCO merentasi keseluruhan keahliannya.
 





















































































   120   121   122   123   124